sebuah catatan

Alhamdulilah….
Selesai menghabiskan semester 2…
Macam sekejap jee…akhirnya saya berjaya mengharungi rintangan dan halangan (ayat skema ok) macam tak percaya dah habis 2 semster…bukan mudah bergelar pelajar dan pekerja dalam satu masa, orang lain yang sebaya aku sibuk mencari kebahagian hidup tapi aku masih mencari matlamat hidup..hurmmm..ade orang kata aku dah terlalu terlambat untuk semua itu tapi pada aku lambat atau cepat perjalanan hidup seseorang semua tu ketetntuan dari padaNya.. …berat mata memandang berat lagi bahu memikul, aku masih bersyukur dengan apa yang tuhan beri…kerana aku percaya setiap  yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kadang-kadang terasa seperti putus asa untuk hadapi semua nya (ceh!!! Macam berat sangat kan….) …tapi demi janji pada diri sendiri dan demi menebus kesilapan yang pernah aku lakukan dulu…
apa jua halangan yang datang aku kena teruskan DAN TERUSKAN dengan apa yang telah aku mulakan…itu janji aku. DOA selalu aku panjatkan padanya supaya diberi kan aku kekuatan menghadapi hari-hari mendatang..diberikan aku senyuman untuk berdepan dengan orang-orang yang aku sayang…diberikan aku hidayah dalam menjalani kehidupan yang mendatang…moga jalan yang akan aku tempuhi terbuka luas dan di permudahkan untuk aku lalui…amin…
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah”

No comments:

Post a Comment