Resepi : Nasi Goreng Simple

Memandangkan mood masak dah datang, kita nak share resepi simple masak nasi goreng


Bahan A
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
6 biji cili padi (nak pedas kena letak banyak)
seulas halia
seulas kunyit
sikit belacan

Bahan B
nasi putih
telur mata
Minyak masak
garam
serbuk perasa

Mula-mula tumbuk atau kisar Bahan A sampai lumat. Panaskan minyak, tumis Bahan A sampai kering dan naik bau jangan lupa garam & serbuk perasa masukkan sekali.
Bila bahan dah kering masukkan nasi tadi (pastikan nasi dalam keadaan sejuk) gaul sampai rata. Goreng nasi sampai kering pas angkat dan hidang dengan telur mata.

*SELAMAT MENCUBA*

Bila nak Kahwin ????

Bila nak kahwin???

OMG!!!!
bila jumpa kawan2 lama ataupun reunion pasti keluar soalan kat atas tu
bila balik  kampung sedara mare pun tanya soalan kat atas tu
semua orang lah kalau jumpa mesti tanya soalan tu!!!
Argh!!!!
Tensen!!!!!

dan selalunya jawapan-jawapan begini akan keluar

1. Malaslah nak fikir...senang macam ni je kot
Kalau jawapan ni..mesti dia orang akan cakap eh!! tak boleh macam tu benda2 pasangan hidup ni kena fikir..(terus aku rasa nak pengsan...kena berleter apatah lagi kalau nenek aku yang membebel)

2. Alahhhh..kita kan tak abis belajar lagi...biarlah abis belajar dulu
Jawapan penyelamat...tapi tak selamat jugak sebab aku belajar part time je..last2 kena balik..tetap ade syarahan dihujung perbualan.

3. Sapalah nak kat kita ni..kita kan gemuk
bila dah rasa bosan, jawapan ni pun keluar..agak merendah diri kendegarannya kan..walaubagaimana pun hujung perbualan tetap akan berbunyi bergini "kau tu yg memilih aku tengok orang gemuk pun ade pasanagan nyer" .. oke!! makin bosan!!

4. Takut tak sempat nak dating..sbb saya selalu ada aktiviti sendiri..nanti pasangan saya bosan
Logik tak ?? hahahhaa..tapi kan selalunya bila dah saya semua pun sempat kan..

5.Saya takut nak ada boyfriend..saya pernah kecewa..saya serik
Last jawapan untuk menarik simpati...sure pas tu takde pertanyaan lagi..sebab tak sampai hati

Sebenarnya takde sebab pun kenapa tak kawin or takde "boyfriend" lagi, jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya rahsia tuhan. Kita hanya mampu merancang allah s.w.t. yang tentukan . Mungkin belum masanya aku berjumpa "right person", InsyaAllah adalah nanti..biar aku kejar cita-cita dulu..dan buat masa ini aku lebih senang sendiri menjalani kesana kesini takde sapa tanya... mungkin esok..lusa jodoh aku sape tau kan :)

new partner

hai..january!!!

Lama tak cerita pasal diri kita kat sini..
well nak bagitau ni
sekarang kita dah ada partner baru
nop!! bukan partner hidup ataupun boyfren
sekarang kita ada kucing!!!!
i am a cat lover now
actually kita bela kucing ni since lepas raya hari tu
cuma x sempat nak update
hehehhe bz lah katakan sejak keja dengan ahli politik ni
hehehehhee (poyo jer kan)
berbalik pada cerita  tadi
kita nak introduce kucing kita
nama dia COCO @ CIKOKO @ JERICHO
baru 9 bulan
jantan oke..
baru lepas "sunat"
since kita jaga kucing..kita dah pandai serba sedikit tentang dunia kucing
hantar pegi vaksin
hantar pergo boarding (kalau kita outstation)
pilih makanan dia
tukar pasir coco
beli baju coco
bagi coco makan ubat
semualah kita dah hampir teror
nanti kita update doktor yg selalu merawat coco