secawan teh...


Moninkkkk
Hari ni nak citer pasal minum teh.....
Teh merupakan minuman kegemaran saya (sebab saya tak minum kopi)
Bila saya menghirup secawan teh di pagi harisaya dapat rasakan ketenangan dan kedamaian datang dalam diri rasa macam melayang – layang di tiup angin (ala-ala fairytale nyer citer)

Sebab apa saya pilih Teh ?
  • Teh boleh melambatkan proses penuaan 
  • Daun teh adalah 18 kali ganda dari vitamin E
  • Teh mampu menjadi penyejuk badan dan menurunkan suhu badan
  • Orang kata daun the juga mampu mecegah kanser
  • Teh mudah menyerap ke dalam tubuh
  • Teh boleh mengurangkan rasa letih dan cepat menghilangkan haus


Kaum cina mengatakan terdapat satu pertalian antara kesihatan dengan teh yang diminum. Mereka mendakwa teh dapat meningkatkan perjalanan aliran darah keseluruh tubuh. Ia juga dikatakan dapat memperbaiki daya pemikiran serta mental kita.....
Jom!!!!! minum teh.......................

Ignored...


kadang-kadang kita lupa...kita bukan sape-sape pun

selalu sangat tak sedar diri..yg dia bukan kita punya

jadi...berhenti untuk muncul depan dia

kerana..kita tak penting dalam hidup dia





that my day.....

Empat hari dah berlalu .....20 April its my BIRTHDAY...
mak & abah before umrah
pic. yang di ulang tayang bukan takde
pic lain tapi inilah pic yg paling comel
Thanks pada family, classmate, oficemate & all my friend (ex-college, ex-class & FB friend) thanks for the wishes…yang penting pagi-pagi 20hb my mom call…best + sedih sebab mak call “diya…selamat hari jadi..mak & abah doakan semoga panjang umo murah rezeki & di percepatkan dan di berikan jodoh yang baik…” walaupun ucapan mak ringkas..tapi dia betul2 buat saya mengalirkan airmata…. Mak…saya akan cuba jadi yang terbaik untuk mak & abah …..  
For both of my sister...nak bagitau "anda berdua adalah kekuatan saya....KAKAK SANGAT SAYANG KAT KORANG"
my second sister ..luv u
muah..muah..muah
my sis...luv u ketat-ketat


Adik saya belanja lunch kat Chilis
time for celebration......@@@@@
memandangkan tarikh birthday jatuh pada hari jumaat...so we all decide gi makan-makna hari sabtu...my sister ajak makan kat chilis mid valley....hurmmmmm pe lagi aku pun terus setuju ialah orang nak belanja kan...bestt nyerrrr...dalam kepala dah fikir nak makan ape..macam nak makan steak...so kitaorang dah set nak pegi dalam pukul 12...so sampai mid valley ngam2 lah untuk lunchh..tapi bila fikir balik pegi berdua tak best...so whats app miss Nana...ajak dia..oke miss nana nak ikut maknanyer kita orang gi bertiga....


wif nana



wif azie...
the next day pulak...celebrate wif my best friend "azie"..tapi tak lah celebrate sangat sebab tengah-tengah bulan hehehehe...azie ni keje kat Miri..so dia datang semenanjung sebab ada kursus....pas amik dia kat LCCT terus ajak dia gi makan...kat Umai Cafe
Untuk Semua Yang Saya Sayang

Kisah (Part 2)

Hari Kedua
Pagi2 dah dpt msg…hurm yeah! yeah! Mr. H dah nak sampai untuk amik kita orang so…pe lagi bila tau orang amik jerr kitaorang bersiap2 ala nak pegi opis yang vogue (pakai kasut tinggi masing2 & solek tebal2). Sampai tempat keje sama jerr mcm semalam takde orang tapi hari ni tak bosan sebab dah tau nak buat ape…(kami jer yg tau nak isi suasana bosan tu macam mane) ~~ Waktu balik…Kawan aku msg Mr. H tapi no respond….hurm…sibuk kot…msg lagi …meeting kot…msg lagi…hurm..memang betul2 sibuk…msg lagi … mmg dia tak nak hantar kitaorang huhuhuhuhuhuhuhu…
So…pe lagi tarik nafas panjang-panjang..tutup opis..dan mulakan langkah…
perjalanan yang saya lalui
sambil berjalan sambil berbual .. ketawa dan sumpah seranah … singgah kedai makan + tapau (time tu kawan aku dapat msg dari Mr. H dia kata “ saya gi tempat awak .. opis dah gelap .. so saya terus jer balik” ..aku hanya mampu mencebik dan berkata dalam hati “sudahlah kalau tak nak hantar cakap jer lahhh huh!!! Tak sukeeee!!!!” Finally sampai jugak kat bilik….makan…tido…ZzzzzzZzzzzzzzzz...
Hari Ketiga
Siap ala kadar sebab nak jalan kaki…tarik nafas + kumpul stamina --> mulakan perjalanan.. lintas jalan (banyak lori lalu lalang dah lah aku ni PENAKUT) terpaksa melalui 30 biji rumah kedai pastu lintas jalan lagi..terpaksa lalu 20 biji rumah kedai lalu jalan masuk baru sampi tempat keje (jauhkannn nak nangis rasanya)
kena melintas jalan ini
Sama macam semalam…aktiviti yang sama..dalam pukul 3 lebih hujan turun dengan lebatnya..tiba-tiba papppp!! elektrik takde…naper pulak ni…try  pegi kat fius utama then naik kan plug tu..tiba-tiba memercik api..tatot call bos…sms bos…Bos jawab..”jap lagi ada orang datang..orang dari pejabat negeri” . Adalah dalam 1 jam tiba-tiba ada orang dari pejabat negeri datang kita namakan dia En. K...dia pun check pastu dia bawak satu pakcik ni kira pakcik ni kontrtaktor electrical punya orang…checkk…dan terus check oooo..rupa-rupanya salah satu plug kat komputer kat situ ada air bertakung..patutlah tiba fius terbalik dia kata Jumaat dia betulkan ..
Kami :  kenapa pulak Jumaat ? esok tak bole ke …
En. K  : oooooo..esok sini public holiday..hari jadi sultan
Kami : public holiday ? maknanya esok tak perlu buka opis lahhh  yahooooooooooooo!!!
keadaan selepas air surut

kawasan banjir rumah hampir hanyut
Waktu balik kami minta En. K hantar..nasib baik dia sudi…siap bawak kitaorang gi jalan area Q…& bawak gi makan.. Thanks to En. K sebab awak bawak kami keluar amik angin petang & tengok kawasan banjir... Balik bilik tido……….ZzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzz…
Hari Keempat
Well hari ni kami bangun lambat adalah dalam pukul 11 hahahahahhaa…mula-mula niat tak nak buka opis tapi tak sedap hati..so dalam pukul 12 lebih di bawah terik mentari kitaorang jalan kaki menuju ke opis…adelah 2-3 budak2 datang..tepat pukul 6 kami tutup…Berjalan kaki selepas hujan ..sambil berbual dan ketawa-ketawa (sebab dah dapat terima kenyataan dengan keadaan), tapau makanan macam biasa…dah sampai pagar tempat penginapan tiba-tiba pakcik guard tegur :
Guard : u all ni sape ha ? (dengan nada marah)
Kami : kita orang dari ********
Guard : ha! Tak tau pun..takde sape bagitau pun yg u all dok sini
Kami : bukan ke ***** dah bagitau lagipun dia orang yang uruskan
Guard : itu saya tak tau..tapi takde sapa bagi tau saya?????
Kami : dah 4 hari kami dok sini
Guard : bagitau lahhh ..ini masuk suka2 hati  (sambil marah dan masuk kedalam)
gate = tempat kami kena marah
Time tu jiwa aku dah melayang-layang…muka aku dah ketat nak marah ada … nak nangis pun ada…. Aku dah diam jeee..kawan aku dah sumpah seranah bos dia…Sampai kat bilik kawan aku call bos dia…mangadu..aku pe lagi buat status kat FB tapi time tu aku dah start nangisssssssssssssssss………….
sedih sebab
1. aku memang tak rela keje kat sini
2. aku rasa aku macam di abaikan
3. esok birthday aku (aku tak pernah jauh ngan family aku..yu yg buat aku lagu syahdu)
 ~~  Malam tu aku tido dengan mata bengkak sebab nangis….huhuhuhuhu..but thanks pada yang wish birthday aku via sms or FB .. malam tu…

Hari Kelima

 @@ Its my birthday DAY…@@
siap macam biasa gi keje tapi awal2 pagi dah call driver opis yang nak jemput kitaorang supaya datang awal…dah tak sabar nak balik..dah tak sangup hidup kat sini lagi, pukul 1.00 driver sampai Yahooooooooooooo!!!!! Nak balikkkk

PUTRAJAYA here i come … (gaya x sabar nak balik)
p/s : aku bukan tak suka di hantar outstation cuma please next time do a proper program supaya tak menyusahkan orang lain…but this is a "beautiful" moment that I have in my life….seseungguhnya pengalaman itu mengajar erti kedewasaan….

Sekian, terima kasih

Kisah (Part 1)

Minggu lepas aku kena bertugas di luar kawasan (aku namakan kawasan tu sebagai Q) 2-5 hari before kena hantar kat situ aku dah resah gelisah macam-macam pertanyaan dalam kepala sebab sebelum pergi aku tak dibrief dengan sempurna (tapi tak bole salahkan urusetia sebab dia pun terima arahan dari orang atas).
Tibalah hari yang di tunggu-tunggu…maka dengan berat hatinya petang ahad tu aku pun pegi ke opis dengan beg yang besar (seminggu lah katakan) nasib baik adik nak hantar…so tak payah lah tinggal keta kat opis…kami pun bergerak ke Q ..perjalanan mengambil masa 3 jam lebih…tapi ingat lebih tu berapa sebab tak de mood nak tengok jam. Sampai jerr kat Q pe lagi carilah tempat makan…lapar gilerr….order nasi goreng ayam kunyit + tapau mee goreng (sbb nasi goreng tadi tak sedap)..
Sampai jerr kat tempat penginapan..tiba-tiba call person incharge tak dapat…then try tanya orang-orang yang kat situ pasal bilik kitaorang ( pegi berdua oke) tapi dia orang semua tercengang-cengang…abis lah nak tido mana malam ni..seb baik tiba-tiba
Orang kat situ : akak kejap eaa..rasanya macam ada satu bilik spare…jap2 saya cari kunci
Kitaorang : iye ke…alhamdulilah…dah penat dah ni
Orang kat situ : nasib akak baik..akak bole lah pegi bilik hujung tu..
Kitaorang : terima kasih lah dik ........
tapau makan dalam bilik...
makan malam kat gerai tapi tak sedap..
Setelah kitaorang dapat  bilik … kitaorang amik beg & suruh driver opis tu balik…oke .. bilik besar tapi katil Queen lahh macam tak best jerr sebab aku dah lah comel then kawan aku tinggi giler..mesti tak best..nasib baik dalam almari ada 2 helai toto..kawan aku decide dia nak tido bawah..alhamdulilah..aku tido atas katil tapi aku tak lah tido betul2 atas katil..aku tido kat hujung katil sebab aku rasa kondisi katil tu macam ada something.

Hari Pertama
Well bangun agak pagi sebab tak sabar nak mulakan tugas … kami pun meninggalkan bilik around pukul 8 pagi…tiba-tiba waktu nak berjalan tempat  tugas..cikgu yang mengajar kat tempt tapi tido tu tanya…(for ur info tempat yang kami tido tu ada student belajar)..kita nama cikgu tu sebagai Pn. A
Pn. A : u all ni dari mana
Kami : kita orang dari ******** kena bertugas kat Q
Pn. A : nak pergi naik apa ni?
Kami : jalan kaki
Pn. A : hah!!! Jalan kaki ? jauh tu .. kalau pakai kasut tumit macam ni mmg sakitlah kaki
Kami : Jauh ke? Dia orang kata 5 minit jeee jalan kaki
Pn. A : jom..jom… saya hantar
Kami : terima kasih lah kak (masa tu tak tau sapa dia tu so..panggil akak)
Sepanjang perjalanan ke  Q aku pun tengok sepanjang  perjalanan … peh!!! memang jauh…mau berpeluh ketiak kalau jalan … dalam hati berdoa minta2 tiap hari ada orang nak hantar J
Oke…sampai kat tempat tugas….hurmmm dari pukul 8.30 – 5.30 cuma ada 4 orang pengunjung yang datang itu pun dia orang cuma melayar internet untuk hiburan jerr…takde pertanyaan pun…yg penting aku & kawan aku BOSANNNNN….BOSAN TAHAP GILER...
Waktu balik hujan turun lebat giler….nasib baik ada orang dari jabatan lain (Mr. H) sudi nak hantar dan janji nak amik kitaorang sok pagi (gumbiraa)waktu sampai kat tempat penginapan bertembung ngan Pn. A.
Pn. A : sape hantar ?
Kami : mintak tolong orang jabatan lain..hujan lebat
Pn. A : malam ni join sekali makan kat dewan makan
Kami : Seganlah (nada malu2 tapi lapa…hahahhaha)
Pn. A : nanti saya panggil eaaa….
Malam tu lepas maghrib tunggu gak Pn. A ketuk pintu tapi takde pun…terpaksa lah berlapar huhuhuh around pukul 8 dengan orang ketuk pintu…kitaorang dah senyum dah time tu hehehehhe…
After balik makan..ceh!! konon2 duduk2 lah kat katil tu…tiba - tiba 
Praaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk……...............
ayoyoyooooo …papan katil dah loose dan jatuh kebawah…malasnyer nak betulkan sebab tilam sangat berat…pe lagi aku ngan kawan aku mengunakan kudrat wanita untuk membetulkan nyer…bila da betulkan try lah duduk lagi…prakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…ha!! Jatuh lagi ke..kali ni bukan takat lantai katil tu jerrr tapi siap kayu-kayu kat lantai katil tu pun jatuh…adoyaiiiii macam mana nak tido malam ni…nak tukar bilik ? bilik ni pun hasil ehsan orang …macam mana ni..nak tak nak terpaksa tido kat hujung katil…tido statikkk + kaku (nasib badan SAKIT BADAN + HATI weiiiiii)
mula-mula papan jatuh

sepanjang malam inilah katil saya

~ Snogurt ~



Last 2 weekend (lamakan…..) saje bosan dok kat umah..so aku & my sis decide nak gi beli barang kat Mydin Presint 15….time2  tengah parking tu ternampak lah kedai yogurt baru ala2 Titti Fruity…..so we all plan after beli grocery ni..terus nk makan yogurt buat hilangkan dahaga….tak sabar ni…selalu nyer kalo pergi presint 15 mesti singgah 
Tutti Fruity....so kali ni nak try Snogurt pulak lahh…...(my sis tengah makan dengan gembira hehehehehhe~~pic di atas kanan~~)

Flavour kat Snogurt banyak dari buah-buahan contohnya Strawberry Smooth, Wild Berries, Shy Lychee yang lain tak ingat hehehehhe . Topping lebih kurang sama lah dengan Tutty FruityYang pasti aku amik Strawberry Smooth + Wild Berries + Chick Choclate (topping = corn flakes + Hershey Toppings – Chocolate + almond nuts) .... Harga lebih kurang jerr ngan TF... :) yummm....yummm...yummm... so sape2 nak makan lain dari TF bole lah cuba SNOGURT kedai dia kat depan Mydin Presint 15 ..SELAMAT MENCUBA....






Syukur


♥ Rasa syukur membuat hidup kita menjadi indah ♥
♥ Rasa syukur membuat yang sedikit terasa cukup dan berkah ♥
♥ Rasa syukur mengubah apa yang kita miliki saat ini menjadi lebih berharga ♥
♥ Rasa syukur mengubah masalah yang kita miliki menjadi hikmah yang bernilai♥
♥ Rasa syukur mengubah hidangan sederhana terasa... menjadi istimewa ♥
♥ Rasa syukur mengubah rumah yang sempit terasa lapang dan nyaman ♥
♥ Rasa syukur mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga ♥
♥ Rasa syukur mengubah kekeruhan suasana menjadi kejernihan ♥
♥ Rasa syukur mengubah yang tidak nyaman menjadi menyenangkan ♥
♥ Rasa syukur mengubah penolakan menjadi penerimaan ♥
♥ Rasa syukur mengubah kebenciaan di hati menjadi kasih sayang ♥
♥ Rasa syukur menciptakan kedamaian dan ketenangan hati ♥
♥ Rasa syukur mengubah emosi menjadi latihan kesabaran...
♥ Rasa syukur menjadikan masa lalu sebagai kenangan manis ♥
♥ Rasa syukur menjadikan masa sekarang keindahan dan kesenangan ♥
♥ Rasa syukur menjadikan hari esok penuh harapan ♥
♥ Rasa syukur menciptakan visi ke depan yang penuh harapan ♥
  ~ Bila hatimu dipenuhi rasa syukur.. hidup menjadi selalu indah dan damai ~ (Ust Don)
RTC Gopeng : 10.00 am

from Beijing wif L.O>V.E.

Holaaaaaaaa....
best sangat hari ni.....sebab barang yang saya kirim dah sampai...
dengan RM200 saya dapat semua barang kat atas...
yang penting UGG Boot yang kat sini harganya RM500
finally saya dah ada satu...suke sangatttttttttt

Sahabat

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.




*lirik nya sangat menyentuh hati..dan buat saya menitiskan airmata

permulaan

detik waktu kian berlalu
berlalu tanpa menunggu
menunggu yang masih menanti
menanti sesuatu yang tak pasti
tak pasti dalam pencarian
pencarian yang tiada kesudahan
kesudahan tanpa PERMULAAN

april

April datang lagi….
Datang dengan sebuah senyuman, Senyuman yang sangat manis, Semanis buah angur yang baru aku makan, Aku mengharapkan april membawa 1000 satu cerita…Aku mengharapkan april menjadi “sesuatu” bagi aku, Kerana April menjadi saat kelahiran seorang kanak-kanak perempuan yang
sangat comot aka. comel itulah aku, Aku suka april, aku benci april, Suka sebab April adalah bulan meraikan hari aku, Hari yang aku nantikan tiap-tiap tahun… J, Benci sebab April menjadikan aku semakin tua, Tua hanya pada orang yang mengatakannya tapi aku rasa cuma matang  dan dewasa
Kematangan dan kedewasaan yang mengajar aku menjadi semakin kuat menghadapi dugaan hidup
yang kadang-kadang kala melemahkan semangat diri, Semangat yang telah aku tanamkan saat aku belajar berdikari untuk hidup sendiri, Sendiri menghadapai sebuah kehidupan,
Kehidupan yang datangnya dalam pelbagai keadaan, rupa dan suasana……
“setiap hari kita adalah manusia yang berbeza, semalam kanak-kanak, hari ini remaja dan esok hari tua semuanya menjadikan kita dan masa sesuatu yang bermakna”