rumah PPA1M Mahal :(

Ingat lagi tak dengan rumah PPA1M ???
awal tahun 2013 aku ada isi borang mohon rumah Penjawat Awam 1 Malaysia, tiba-tiba dalam cabutan undi fasa pertama (presint 17) nama aku naik...ya allah gembiranya sapa yang tak gembira kan tiba-tiba dapat rumah kat area Putrajaya dengan harga (RM150k hingga RM220K) sape yang tak nak kan....dalam tawaran tu siap dah bagi tingkat bape dan unit umah...

So..lepas hantar surat setuju terima... mulalah tanam angan-angan nk deco rumah..lepas tu bagitau semua orang yang dah dapat umah kat Putrajaya well sapa tak bangga kalau bujang macam aku ni mampu nak beli rumah kat Putrajaya kan...kan..kan...


keadaan rumah masih dalam pembinaan
 Tapikan......................

12 Mac 2016 yang lepas dapat SMS dari Perbadanan Putrajaya untuk sediakan dokumen untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli (sign SNP), time tu dah berdebar dah hati sebab sebelum ini ada dengar desas desus yang harga rumah ni semua adalah harga maksimum iaitu RM220K tapi time tu still pujuk hati takkan lah terus harga maksimum sebab bajet mmg dapat harga minimum jerr....

Ni adalah rumah contoh yang  hanya bole tengok dalam pc jee :)






sambung cerita tadi oleh sebab terfikir yang harga rumah ni adalah 220k dan harga maintenance pulak 20sen per k.p.(keluasan umah aku adalah 1000 x 20sen ) so...RM200 setiap bulan...
aku pun buat calculation dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor awamhttp://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/pengiraan kira punya kira monthly aku RM1,118 ...
aku pun kira 1,118 + 200 = 1,318 setiap bulan kena bayar .....hurmmmm...sedihnyaaaa...sayu rasa hati..nak nangissss......sebab tiba-tiba rasa tak mampu ialah aku kan single lagi ...tak cukup duit kalau aku beli rumah ni.....sayang nak lepaskan rumah kat Putrajaya ni tapi nak buat macam mane kalau aku beli memang makan pasir lah dalam masa 5 tahun ni...sedihhh tauuuuu...kenapalah kerajaan tak buat rumah yang murah yang mampu dimiliki oleh seorang yang bergaji rendah macam aku ni..kenapalah buat rumah yang mahal dan menyusahkan rakyat...kata nak bantu rakyat memiliki rumah tapi letak rumah mahal..lepas tu suka hati letak tingkat berapa...unit berapa...keluasan berapa..umpama kakitangan awam ni tak bole memilih..kalau aku diberi pilihan aku nak rumah yang kecil jee.....

Tarikh untuk sign SNP april ni..mungkin aku tak datang ataupun aku buat surat untuk tolak rumah ni....impian yang selama ini aku asyik mimpi tu terpaksalah aku padamkan sikit demi sikit...walaupun perit..pahit..tapi aku kena tengok cermin dan terima hakikat yang orang bergaji rendah macam aku ni memang tak mampu miliki rumah dan insyaallah mungkin ada hikmah disebalik semua ni...buat penjawat awam yang sedang memohon rumah PRIMA or PPA1M tengok dulu harga...tengok payslip kita..dan  tanya berapa sebenarnya harga rumah...rasa mampu baru apply ...
"menanam impian adalah indah tapi bila impian itu musnah adalah sesuatu yang menyakitkan"

nota kaki : "Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu. Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut. Tetapi kerana Allah tahu, kita berhak lebih baik daripada itu."