Dilwale
Percintaan Pasangan Pertengahan Umur
Bagi mereka yang seusia saya, haruslah menonton Dilwale
sebab anda akan rasa dibuai-buai dengan kisah dulu-dulu hehehhee…sangat sweet
tau….
cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di
Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya
Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada
babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer
menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta
mewah.
Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh
jiran tetangga. Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama
Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan
akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan
akhirnya mereka jatuh cinta.
flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama
sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan
tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar
menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara
tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju.,,,,,,,Untuk mengetahui kisah
seterusnya kenalah menonton filem Dilwale di pawagam berdekatan
saya sendiri
dah menonton filem ini sebanyak 3 kali..sebab say amemang penimat Shah Rukh
Khan. Dan kalau anda peminat Shah Rukh Khan tiada sebab untuk tidak menonton
Dilwale…keasyikan lagu-lagunya disamping keindahan pemandangan Bulgaria dan
Iceland memang sangat awesome…terus jatuh hati dengan tempat tu…lagi satu Varun Dhavan sangat cute dan cool.... hehehehee
My Fav Song in this film....