Dilwale..... harus pegi tengok

Dilwale
Percintaan Pasangan Pertengahan Umur
Bagi mereka yang seusia saya, haruslah menonton Dilwale sebab anda akan rasa dibuai-buai dengan kisah dulu-dulu hehehhee…sangat sweet tau….

cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta mewah.
Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh jiran tetangga. Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan akhirnya mereka jatuh cinta. 

flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju.,,,,,,,Untuk mengetahui kisah seterusnya kenalah menonton filem Dilwale di pawagam berdekatan 

saya sendiri dah menonton filem ini sebanyak 3 kali..sebab say amemang penimat Shah Rukh Khan. Dan kalau anda peminat Shah Rukh Khan tiada sebab untuk tidak menonton Dilwale…keasyikan lagu-lagunya disamping keindahan pemandangan Bulgaria dan Iceland memang sangat awesome…terus jatuh hati dengan tempat tu…lagi satu Varun Dhavan sangat cute dan cool.... hehehehee

My Fav Song in this film....





No comments:

Post a Comment