kau pergi jua

7 Oktober ..5.30 petang

aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon..
ya allah...berita yang membuatkan aku terdiam..
betul ke apa yang aku dengar
kau dah tiada
baru 1 minit lepas aku bercerita tentang kau
baru rasanya aku peluk cium kau
Argh!!! rasa baru semalam kita berjumpa
kau minta mak aku goreng cekodok tuk kau
kau minta aku beli macam2 untuk kau
karipap .. smaties..gula-gula jelly..
sbb kau cakap kau tak selera makan nasi
ingat lagi kita share teh ais..nugget 2 hari lepas
lepas tu kita sembang2 pasal cerita dulu
ketawa..gelak2..macam tak pernah ada cerita sedih
walhal aku tau .. hidup kau byk kisah sedih yang kau nak cerita pada aku
tapi aku buat2 tak tanya sebab aku tak nak kau sedih
Tapi allah lebih sayangkan kau...
akhirnya kau pergi
setelah banyak kesedihan kau lalui sendiri
sakit yang kau tanggung selama ini..
Walaupun aku sedih atas pemergian kau
tapi aku rela..biarlah kau pergi
dari kau terseksa...

"Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan 
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku"


Alfatihah buat kesayangan +Dhia Dirham semoga tenang kau disana..dan semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang solehah...amin...

maafkan-aku
sahabat-selamanya

maafkan aku....

sahabat...
aku harap kau tabah
aku harap kau cekal
mengharungi ujian darinya
maafkan aku ...
kerana tiada disaat kau perlukan aku
bukan aku tak peduli jauh sekali melupakan kau
cuma aku tak kuat untuk berdepan dengan kau
aku tak sampai hati melihat kau dalam keadaan itu
kau yang aku kenal dulu lain...
ingat lagi waktu kita gelak sama-sama
kadang-kadang waktu sukar kita sama-sama berair mata
banyak memori ketika waktu remaja kita lalui
argh!! sedihnya bila ingat
hari ini air mata aku tumpah sebab kau
perkhabaran dari kawan-kawan yang melawat kau
membuat aku sayu..pilu..geram..
aku geram yang manusia binatang yang menjadikan kau seperti ini
manusia yang bertopengkan syaitan
aku doakan supaya manusia itu terima balasan
setimpal atas apa yang dia buat kat kau
Sahabat....
Sekali lagi maafkan aku
Kerana tidak menjadi sahabatmu yang baik
Dari kejauhan aku sentiasa melihat perkembanganmu
Semoga kau cepat sembuh
dan aku janji selepas kau sembuh
aku akan bantu kau untuk bina hidup baru
dan aku nak kau tau
Kaulah sahabat aku dunia akhirat
...aku sayang kau....