Itaewon - Dondaemun (Doota Mall)
Hari ni kita orang
tambah ahli dari 4 orang tambah lagi 2 so…semua nya 6 orang (lupa nak bagi tau
nama dia orang nana, azi, jutt, mel & leti + aku) …memandangkan 2 orang ahli (mel & leti) baru sampai…so
hari ni kitaorang plan kuar umah lambat sikit dalam pukul 10 @ 11…lagipun hari
ni nak Itaewon lagi sebab nak makan makanan Korea and 2 orang kawan tu nak gi
melawat masjid….
Perjalanan bermula………………..sampai
masjid solat zuhur…kali ramai orang Malaysia sebab bertembung dengan rombongan
travel..& jumpa jugak student Malaysia kat situ...untuk lunch kita orang
decide untuk makan kat Muree Korean
Muslim Food..dekat je ngan area masjid & Siti Sarah Restaurant…
|
makanan di Muree Korean Muslim Food |
|
Jalan menuju ke Muree (yang bangunan putih tu masjid) |
lepas makan dah kenyang..terus jalan-jalan
sekitar Itaewon lagi…tak lah excited sangat sebab semalam dah pegi…puas
ronda-ronda area situ..terus amik train pegi Dongdaemun..
Dari
Station Itaewon – Station Dongmyo – (tukar Line 1: Biru Tua) – Station Dongdaemun
Sampai di Dongdaemun
..hujan dah mula nak turun..tapi memandangkan aku nak gi shoes market ku gagahi
diri kesana walaupun cuma berdua sebab yang lain malas nak ikut..dia orang
tunggu kat luar … masuk-masuk shoes market je terus sambar sepasang half boot
kaler hitam..
|
Doota Mall |
Lepas beli kasut..hujan
pun rasa nak makin lebat..kita orang berlari-lari masuk ke Doota Mall (komplek membeli belah yang famous jugak kat Korea ni
menjual pelbagai jenis fesyen yang agak trendy) kat bahagian atas shoping mall
ni ade banyak kedai souvenier …dan ia juga menjadi salah satu kunjungan wajib
yang di bawa oleh travel agents walaupun harga di sini agak mahal berbanding Dongdaemun & Namdaemun Market. Kat sini
aku tak lah membeli sangat sebab semalam dah beli fidge magnet, keychain,
tshirt & sudu..so kat sini jadi macam beli sikit2 je contoh nya beli
penanda buku & 3D Fridge magnet . Setelah puas berpusing kat tingkat 5
ni..terus pegi ke Cheonggyecheon Stream untuk
tengok Lantern Festival tapi time tu dah hujan lebat…baju semua dah basah +
mengigil kesejukan…separuh jalan je lalu tepi sungai tu..terus decide untuk
balik ke Myeong Dong..tak tahan sebab sejuk sangat…
|
Yogane Restaurant |
Sampai Myeong Dong je
terus cari kedai makan…seb baik Mel rajin baca blog so..dia cadangkan kitaorang
makan kat Yogane..sbb ramai bloger
yang pernah ke Korea suggest tempat ni..tapi untuk keselamatan kami makan nasi
goreng seafood..yang bestnya dia orang akan masak depan kita…sebab dah lapar
semua pun sedap..salad & kimchi bole ambil sendiri…paling suka salad dia
sedap..sebab mayonis campur wasabi sangat sedap..Korean Cake pun sedap rasa
macam cucuk or lempeng letak kucai.