Korea - Day 2


Sambung entri yang lepas…
 (Dongdaemun - Korean House - Namsangol Hanok Village)
Memandangkan kami tak punya jadual yang pack…untuk hari kedua ni kami cuba untuk tidak bangun terlalu awal…heheheheheh … dalam pukul 9 lebih kami pun turun untuk sarapan…macam biasa megi + roti bakar + air milo..sgt sedap…waktu kami keluar rumah pheww!!!!! Sejuk gilerr time tu tempature lebih kurang 7-8’c …keluar rumah jee terus menuju ke GS25 (ala2 7-11 nyer kedai).. walhal sederet tu ade 7-11 gak…ntah kenapa kami suka kesitu heheheheheh…sebelum naik Subway…nak beli T-Money dulu, ada macam2 jenis T-Money ni ade yang macam key chain and ada yg macam kad…aku pilih yang keychain utk h/phone so senang nak sangkut kat phone .... Yeah!!! perjalanan pun bermula….seronok nyaa dapat naik subway (feeling macam korea kejap)…map alwaz kena ada ooke…dari guest house ke station subway Myeong Dong (exit 4) sangat dekat…

dari situ kami terus ke Dongdaemun sebab nak pegi Dondaemun History & Culture Park tapi hampa sebab under construction hurm……seb baik kat Dondaemun ada mcm2 market contohnya shoes market (byk gile kasut2 kat sini terutamanya snikers..rasa mcm nk beli jeee..orang kat Korea ni suka pakai snikers senang nak turun naik subway sebab untuk ke subway kita perlu menuruni banyakkkkkk anak tangga)..puas dah menyusuri Dongdaemun terus cari tempat makan kebetulan kami terjumpa Pizza Plus satu2nya burger halal yang kami jumpa..apalagi perut memag dah lapar ni….


Dongdaemun history & culture 


menu pizza plus

Korea House



Namsangol Hanok Village
 Selepas puas kat Dongdaemun, kami decide untuk ke Korea House kat area Chungmuro…naik subway dari Dongdaemun terus ke station Chungmuro..keluar Exit 3..jalan sikit 10 meter jee..nampak lah Korean House….kat sini kita dapat tengok senibina rumah korea..
Jalan sikit kedepan dari Korea House kita boleh terus ke Namsangol Hanok Village memandangkan waktu itu sudah petang kami hanya sempat jalan-jalan ..amik picture jee…sebab village tu sangat luas..dan kami dah mula rasa malas nak mengelilingi village tu kami decide untuk pulang jee…tapi tak naik subway sebab nak merasai suasana malam di Korea konon-kononya..so kami berjalanlah dari Chungmuro ke Myeong Dong….Waktu malam memang di habiskan di Myeong Dong…sangat happening…shoping..shoping and shoping…

antara event yang ada di Myeong Dong..best sanggat....

Tips untuk hari ini :-
* sebelum naik train pastikan mempunyai T-Money
* baca dan fahami peta subway betul-betul, sebab kebanyakkan orang Korea tak reti berbahasa Inggeris






No comments:

Post a Comment