Yogyakarta Never Ending Asia- Last Day



Last day at Jogja..
Pagi kami dah bersiap sebab flight pukul 11 pagi dan pak supir teksi mau ambil kami jam 830 pagi,
kami tunggu kuih Bakphia Pathok di hotel (lupa nak bagitau kuih ni antara yang makanan tradisional palaing popu1ar di Jogja)...kalau kita beli mereka boleh hantar ke hotel time kita nak balik..panas2 lagi tau..
sedap...(pic source : http://bakpia25.com/)
Untuk ke airport Jogja hanya mengambil masa setengah jam dari Hotel, jangan lupa iya pada mereka yang ingin melancong ke Yogjakarta ketepikan dulu airport tax sebelum habiskan duit untuk shopping, airport tax di sini cuma 100 ribu..
Yogjakarta Airport

Food of Yogjakarta
Yeah!!! tamat sudah entry untuk Yogjakarta, kota sejarah yang penuh dengan adat dan budaya, tempat sejarah yang memang heaven untuk kita lawati...sekali pergi pasti akan pergi lagi :)

Yogjakarta Never Ending Asia, sampai ketemu lagi...............

Yogyakarta Never Ending Asia- Day 3

Untuk hari ketiga ni takde plan nak visit mana-mana tempat cuma  rasa nak pegi Taman Sari…
So..hari ni bangun agak lambat…dalam pukul 10 baru bangun terus cari lunch..hari ni decide nak makan KFC sambil beli CD hehehhee…(as usually if pergi Indonesia beli CD Original mesti di KFC)
After makan kami terus ke Pasar Beringharjo , kat sini memang syurga shopping tapi batik lah..dengan pelbagai corak..memang best and heaven..kat sini more murah banding dengan yang lain

Pasar Beringharjo
 After shopping, kami terus amik kereta kuda untuk ke Taman Sari..tapi agak terlewat sebab masa kami sampai tu dah tutup..hurm…tapi ade satu org k ampung situ yang bawa kami lalu lorong2 sempit untuk meninjau Taman Sari dari atas bumbung..mula2 rasa curios jugak awat lah org ni sgt baik bawa kami ke situ tunjuk jalan bagai…siap bawa ke rumah yang penuh dengan lukisan art..rupanya dia promosi kedai tu then suruh kami beli..well, aku memang lah tak beli apa-apa tapi kawan yang lain ade jugak beli..after pusing-pusing & amik gambar walaupun hanya depan pintu..kami pun pulang..dan waktu tu barulah orang yang bawa kami jalan-jalan tadi minta sedikit upah..katanya seikhlasnya…kami pun bagi dia 15ribu….seb baik supir kuda tadi masih menunggu kami untuk bawa balik ke hotel..dari Jalan Malioboro ke Taman Sari terus ke Hotel kami bayar 70ribu sebenarnya dia minta 60 ribu jee tapi kami kesian..
Taman Sari

Yogyakarta Never Ending Asia- Day 2 (Candi Prambanan)

Candi Prambanan

Tiket Masuk :
International Student = 99ribu
International = 198ribu


Waktu ke sini waktu dah hampir petang, panas pun dah kurang sikit..untuk ke Candi ini tak perlu memanjat tangga sebab candi ini satu-satu …so senang sikit nak kesini..dan tak mengambil masa yang lama J



Prambanan temple is extraordinarily beautiful building constructed in the tenth century during the reigns of two kings namely Rakai Pikatan and Rakai Balitung. Soaring up to 47 meters (5 meters higher than Borubudur temple), the foundation of this temple has fulfilled the desire of the founder to show Hindu triumph in Java Island. This temple is located 17 kilometers from the city center, among an area that now functions as beautiful park. 
(source from http://www.yogyes.com)

Yogyakarta Never Ending Asia- Day 2 (Gunung Merapi)

Gunung Merapi

Tiket Masuk :
Per head = 3ribu
Parking = 2ribu

Tour Merapi :
Short Tour = 250ribu
Medium Tour = 350ribu
Adventure Tour = 450ribu

Di gunung merapi ini aku dan bff amik short tour jee..sebelum tour bermula rasa takut tu ade juga, sebab sebelum ke Jogja  kami dikejutkan dengan gempa bumi yang melanda jogja pada hari jumaat dan letusan kecil dari gunung merapi didapati keluar pada hari hari sabtu..sedangkan kami akan bertolak ke Jogja hari Selasa (tak ke risau time tu…).
Tour mengunakan Jeep, pemandunya memang banyak pengalaman walaupun muda lagi..dia merupakan penduduk asal kawasan situ …keadaan jalan yang sangat adventure..macam naik roller coaster…menjerit2 hehehehhee….



Point pertama kami singgah ke muzium aka. Rumah yang terkena lava gunung merapi, semua yang ada memang tinngal rangka je..motosikal, rangka lembu, buku2, computer semua lahh…memang sedih dan rasa insaf bila melihat kesan yang macam tu..rasa sangat bersyukur sebab di Malaysia takde bencana macam tu..sempat juga kami bergambar dengan tuan rumah tersebut.

bersama tuan rumah
Point kedua kami ke tempat di mana kami dapat merasa batu-batu yang masih hangat..walaupun kejadian gunung merapi pada 2010 tapi batu-batu disekitar tersebut masih hangat dan berasap.

Point ketiga ..kami ke batu yang menyerupai wajah manusia ..memang sangat taksub dengan kejadian itu..sungguh besar kuasa allah….

Point keempat kami ke tempat kubu penduduk disitu untuk menghadapi bencana..walaupun kubu bawah tanah dibina oleh kerajaan Jogja namun kubu itu tak mampu untuk menghalang lava yang terus mengalir dan juga awan panas. Ramai juga penduduk yang terkorban sewaktu berada didalam kubu tersebut. Sedih dan sayu bila melihat keadaan itu dan dapat bayangkan bagaimana keadaan penduduk disitu ketika itu….

Merapi ( ketinggian puncak 2.968 m dpl , per 2006 ) adalah gunung berapi di bahagian tengah Pulau Jawa dan merupakan salah satu gunung api teraktif di Indonesia . Cerun sisi selatan berada dalam pentadbiran Kabupaten Sleman , Daerah Istimewa Yogyakarta , dan selebihnya berada dalam wilayah Provinsi Jawa Tengah , yaitu Kabupaten Magelang di sisi barat , Kabupaten Boyolali di sisi utara dan timur , serta Kabupaten Klaten di sisi tenggara . Kawasan hutan di sekitar puncaknya menjadi kawasan Taman Nasional Gunung Merapi sejak tahun 2004 .
Gunung ini sangat berbahaya kerana menurut catatan moden mengalami erupsi ( puncak keaktifan ) setiap dua hingga lima tahun sekali dan dikelilingi oleh penempatan yang sangat padat . Sejak tahun 1548 , gunung ini sudah meletus sebanyak 68 kali . Bandar Magelang dan Kota Yogyakarta adalah bandar besar terdekat , berjarak di bawah 30 km dari kemuncaknya . Di lerengnya masih terdapat pemukiman sampai ketinggian 1700 m dan hanya berjarak empat kilometer dari puncak . Oleh kerana tahap kepentingannya ini , Merapi menjadi salah satu dari enam belas gunung api dunia yang termasuk dalam projek Gunung Api Dekad Ini ( Decade Volcanoes ) . sumber wikipedia

Yogyakarta Never Ending Asia - Day 2 (Candi Borubudur)

Untuk hari kedua..kami amik pakej untuk melawat wisata sekitar Jogja
Kami ambil pakej dari Abah Transport untuk ke Candi Borubudur, Candi Prambanan dan Gunung Merapi pakej ni berharga 375ribu (x termasuk parking), seawal jam 9 pak supir udah menunggu di depan hotel. So..pada sesiapa nak ke Jogja memang suggest amik ngan Abah Transport..puas hati..

Candi Borubudur
Tiket Masuk :
International Student = 110ribu
International = 220ribu
(actually kalau nak guna tambang local bole jee tapi kalau kena tangkap memang masuk lokap)
Candi Borubudur ni memang luas…dengan keadaan cuaca yang panas, matahari atas kepala..huh!! memang mencabar..nak naik tangga ke atas pun sangat mencabar..tangga curam..kecik-kecik pulak tu…tapi bila dah sampai atas..wow!! sangat amazing senibinanya…
Keindahan Borubudur
Buddhist and Hindu religions lived harmoniously side by side across Java, and as families of different religions married, even mixed religion temples were built (copy from http://www.borobudurpark.com)




Yogyakarta Never Ending Asia - Day 1

Vacation 2014 bermula … holiday ini aku pergi dengan bestfriend Nuar & Arie..actually sepatutnya kami pergi berempat tapi one of my friend ada benda urgent yang patut dibuat, maka kami bertiga jeee
Perjalanan ke LCCT bermula seawal jam 6 pagi..flight kali ini pukul 9.30 pagi..oleh sebab 1st time nak naik bas ke LCCT so rasa teruja tu ada juga..because sebelum ini ada someone hantar ke airport hehhehe…untuk menaiki bas ke LCCT..mula-mula perlu beli tiket kat kaunter ERL..
Putrajaya ke Salak Tinggi + Tambang Bas = RM5.50
Don’t worry bas always ada..turun ERL je bas dah tunggu..
Untuk ke Jogja .. around 2 jam lebih perjalanan dari KL..seperti biasa before arrive kena isi borang..
Lapangan Terbang Jogja tidaklah sebesar mana lebih kurang Airport Sandakan…perlu berjalan kaki dari kapal terbang ke pintu masuk..(tapi tak sejauh LCCT oke..kejap jee)..dari pintu masuk ke kaunter imigresen sangatlah dekat …tempat beg pun dekat situ-situ je..maka keadaan memang sesak gile..bayangkan satu kapal terbang ade kat situ..hurmmm….sesak…pintu keluar pun dekat-dekat situ jugak..memang sesak..sempit..bising…lagi satu kalau nak amik teksi..sebaiknya amik kat kaunter..sebab ade resit..kalau kat luar pun boleh cuma untuk secure amik je kat dalam. Tambang teksi dari airport ke hotel kami cuma 65ribu.
The Cabin Hotel, 
Jalan Gandekan Lor No. 2, 
Yogyakarta 55271, Indonesia (www.facebook.com/TheCabinHotel )
Untuk hari pertama ni..kami memang tak plan kemana-mana just cuci mata di jalan malioboro..dari hotel ke jalan malioboro sangat dekat around 10 minit jln kaki..naik beca pun bole kalau nak sebab ramai bapak2 beca menunggu disitu… ini merupakan backpackers hotel, bilik air ada diluar..tapi hotel ni memang bersih + bilik air pun bersih..memang sangat sesuai bagi mereka yang hanya nak tido je kat siti..lagi satu wifi pun oke gak..itu yang penting kan cuma waktu aku ..wifi dalam pembaikan..dah hari last baru oke..uhuk..uhuk..
Adisucipto International Airport 


beca amat mudah didapati

popular makanan tradisi

jalan malioboro

Birthday Blast!!!

Yeah!!! April…
Alhamdulilah another birthday for me..
Syukur aku dikelilingi mereka yang sangat supportive
Buat my sis ILA & ATEN aka. POPO, my MAK, my ABAH dan family thanks sebab anda menjadikan aku kuat untuk hadapi perjalanan dan seterusnya menghadapi segalanya...
Buat Bad, Komeng, Nana, Nisa, Shari, Nua, Arie, Pejol, Amar, Ila and also Mirul thanks sebab celebrate my birthday .. I’am happy for that...terharu..suka..sedih all feeling mix..
Buat kawan-kawan  thanks atas ucapan kalian…insyaallah hanya allah yang dapat membalas
Yang penting aku sayang sangat kat korang semua

LOVE…LOVE..LOVE..   


Permulaan April

Lambatnya nak post permulaan April..
sbb busy ngan Final Exam...hehhehee
as you know..now buat EPJJ kat UITM..
semalam last paper subjek LAW245
untuk Sem ni saya amik Malaysian Politics (PAD320), Local Governmnet (PAD310), Statistic (QMT181)
alhamdulilah ... tak sangka & terharu becoz what ?
dapat jawapbpb.....
and yang paling tak sangka untuk setiap soalan yang saya jawap
tiga mukasurat penuh saya bagi...
walaupun di awal-awal sem.. tak yakin lebih-lebih lagi dengan paper  LAW245
alhamdulilah finally i can answer..
ini yang di katakan usaha tanpa jemu
apa yang cuba di sampaikan ????
macam ni...
kesimpulan yang saya dapat dari sini
"setiap cabaran atau dugaan yang kita hadapi...jangan mudah mengalah...jangan cepat putus asa..kalau kita berusaha insya allah ada jalan nya..teruskan usaha ..dan hasilnya kita sendiri akan rasa kagum"