Tomyam Kung

Hola.....
kali ni nak citer pasal restoran Thai Tomyam Kung Presint 15...
actually dah lama dah sedar kewujudan kedai makan ni cuma macam tak teringin pun nak pergi sampailah my bos suggest untuk pegi makan kat sini...tapi suggest je eaa..belum pegi lagi ngan my bos...memandangkan semalam baru baik dari "sakit" and teringin makan tomyam ..trylah ajak adik + cousin gi sini...sampai2 je tengok ramai orang so kena tggu meja kosong lah...duduk je terus kami order sizling beef, tomyam kung, telur goreng kung (telur dadar yang di goreng dengan udang) & kangkung crispy (most popular menu here)..semuanya size small ...nasi putih dua (sbb adik aku diet)...tapi kan untuk tggu makanan kat sini sangat lama 1/2 jam lebih....maybe sebab ramai orang kot (untuk sedapkan hati)...tapi rasanya mmg sedap..crispy kangkung paling sedap...walaupun kami order size small sebenarnya bole makan untuk 4 orang....tak rugi kalau datang sini....enjoy pic2 makanan kat bawah...




Korea - Day 10 & 11 (last day)

Hoyehhhhhh!!!! 2nd Last day hari ni kat Korea…rindunya nak makan nasi lemak..rindunya nk drive keta..rindunya ngan mak+abah+adik…..bangun pepagi tak sabar nk balik hehehe…kemas-kemas apa yang patut jangan sampai ada yang tertinggal…(malam tadi dah packing beg…sendat giler beg..)..dalam kul 12 tgh hari nk kena check out (tapi flight balik ke Malaysia esok pukul 930 pagi)..hari ni our plan just shopink n shopink sampai pitam hahahhahaa (ketawa jahat)….oke..bawak turun beg n terus check out tapi dia baqgi kita simpan beg kat situ sebab teksi akan amik kitaorang gi airport pukul 11 mlm nanti….(mlm ni kitaorang tido airport sbb takut sok pagi jammed)
Namdaemun Market

Lepas simpan beg..terus kami ke Namdaemun Market untuk cari apa yg tak cukup lagi…tapi bagi aku semua dah cukup kot hehehehehhee…kami pergi ke Namdaemun berempat je aku, nana, azie & ajut…sampai2 je terus cari brooch..aku pun bawak diaorang ke tempat semalam kiranya aku & nana pemandu pelancong bagi dua org mmber aku tu…..sambil2 diaorang belek-belek brooch aku pun tumpang belek gak last2 aku pun beli gak lagi J tak tahan lah tengok sebab semua shining2…dah abis beli brooch ..kitaorang cari souvenier pulak actually aku dah beli banyak dah tapi…ade jee rasa yang tak cukup..biasalah nafsu membeli aku mmg sgt giler…kat market ni bukat setakat brroch, souvenier yang aku beli sweater sepasang pun aku beli…hehehehehehe…

lepas shupink..
Paris Bagueta
duit kertas yang di tampal kat board guest house
Last song from us
Dekat jam 9mlm baru kami balik semula kat Guest House..lepak2..amik pic…dalam kul 1030mlm pakcik teksi pun sampai….perjalanan kat airpot sekejap jee lebih kurang 40 minit sbb tgh malam kot tak bnyk kenderaan…sampai airport jee sangat sejuk -3’c weather….masuk dalam cari port yang sesuai untuk tido…rasanya kat airport ni sangat selamat..sebab polis dia asyik meronda jee cuma yang tak bestnya ada satu anjuma tu sibuk tanya itu tanya ini..saiko lah rasanya lepas tu nk semua barang kita ada contohnya makanan, brroch…ish…tak senang nak tido..time ni rasa bila lah nak pagi…seba baik kul 5 pagi kat Korea dah terang benderang…dan dah mula buka kaunter and orang pun makin ramai…kaunter buka pukul 630pg…lepas kami check inn beg..seb baik tak kena tambah berat ..pastu kat sini cia check betul hand lungage tak bole lebih 7 kilo termasuk beg belakang…at least cuma dua beg je yg  boleh hand lungage..(hand bag + 1 beg lagi)…ketat kan…masuk dalam flight jee terus tido yang best nya sebelah aku kosong jadik sangat lena tido.
our beg (me & nana)
our port
phone changing
pintu masuk 
kaunter check inn
before boarding

.

Bye..bye..Seoul ..... we gonna miss you.... 

Korea - Day 9


Alahaiiiiiii malasnya nak abiskan entry korea..ade 2 entry jee nak kena create…hurm….malas+malas+malas… J … hehehhehe..sebenarnya memalas ni sepatutnya takde dalam kamus hidup…so…buang perasaan tu..cepat mulakan menaip…

Day 9

Hari ni plan berdua je ngan Nana sebab yg lain ade plan masing-masing…so hari ni nak gi cari brooch kat Namdaemun Market. Tengah bersiap-siap teringat plak kat Azie (one of our friend yg rasanya smlm mcm nak join kitaorang) ..terus ketuk bilik dia…alhamdulilah dia masih ada & baru bangun hehehe..so bincang2 ngan dia…dia kata dia ikut kami ke Namsan Tower, oke kami pun janji ngan dia pukul 3 tggu kat umah…

Station Myeong Dong - Station Hoehyeon (sangat dekat)

Sampai2 kat Namdaemun Market kami pun cari bangunan kaler oren (seperti yang di beritahu oleh one of guest kat tempat kami tinggal)..cari punya cari yeah…yeah..finally kami jumpa tapi sebenarnya tak susah pun nak cari..tapi  yang tak bestnya masa kami sampai kat tempat brooch tu time lunch dia orang pun tak layan kami…lagi satu kat dalam tu kedai wholesale jadi ada sebahagian dia orang tak jual satu-satu kena beli sepuluh…seb baik aku ade terbaca satu blog ni..yang dia beli brooch dari seorang Anjuma ni…so aku pun try cari Anjuma ni…finally jumpa. Gerai no. 21….(dia macam meja untuk diaorang pasang batu kat brooch ..sangat sempit dan kecik jee). Aku jadi gila sekajap beli brooch..tapi Anjuma ni baik..kalau kita nak yg 2000won..dia tunjuk yang 2000won jeee..sangat mesra layanan dia..siap bagi free satu lagi hehehehehe…(time ni tak sempat snap picture sebab tengah sibuk pilih  brroch)

 Oke lepas beli brooch ….jalan-jalan sekitar market tu…tiba-tiba nampak kedai gula tarik salah satu makanan popular orang Korea..kat sini dia panggil KUKUL TARE …dia siap tunjuk demonstrasi how to make it that things….kami pun borong macam nak gile kuih tu dekat..satu kotak dalam 4000/5000won harganya…
Bz shupink tengok jam dekat kul 230ptg ha!! Janji ngan Azie kul 3..so bergegas ke subway station..sampai kat umah dalam kul 240ptg..ketuk punya ketuk pintu bilik tapi takde respon..kita orang dah risau mane dia pergi……sampai deklat kul 330ptg tggu si Azie..tapi takde jugak…so kami decide terus je berjalan ke Namsan Tower dengan hati yang macam berat…
pau dia lembut inti kacang merah..sedap....
Namsan Tower dengan tempat tinggal kami (Namsan Guest House 3) sangat dekat lebih kurang 5 minit berjalan tapi yg tak bestnyer naik bukit turun bukit….sambil berjalan kami lalu depan Namsan 2 & 1…Untuk ke Seoul Tower kena naik Cabel Car tambang lebih kurang 8000won pergi balik (tiket jangan hilangkan sebab nanti nak balik semula)….
sejuknya bila dah sampai…kena naik tangga..untuk ke atas..time tu hujan (seb baik kami bawak payung)..kat situ kita dapat tengok mangga kunci yang orang letak sebagai tanda cinta mereka kuat…kat mangga tu bole tulis nama…kami pun tak terlepas peluang untuk buat benda sama just for fun jeee (thanks to Nana sebab beli mangga..saya just menumpang je…hehehehhe). Kat situ ade museum Teddy Bear..bagi kami yg mmg cute & suka cute2 nya barang memang harus masuk..tiket harga 14,000 (museum teddy bear + observatory)..mula-mula masuk kat museum teddy bear…comei2 bear dia..geram rasanya..pas pusing-pusing kat situ terus naik ke tower..nak tengok pemandangan lah kononya..tapi time tu dah mula gelap..dapatlah tengok sikit..walaupun lampu-lampu je..lepas abis dah semua terus keluar tapi luar dah gelap..tak dpt amik picture pemandangan kat situ…esok nak pegi lagi (dalam hati berkata)…






Memandangkan hari dah gelap..perut dah lapar..hujan pulak tu…terus teringat ikan bakar..laparnya…kitaorang pun bergerak dengan lajunya turun bukit..gi subway station station terus ke Dongdaemun…sampai2 je kat gerai tu tak ramai orang..yeah…bole makan dengan tenang…siap dapat ikan free satu..alhamdulilah rezeki kami….

dah kenyang..terus je balik ke Myeing Dong..sebenarnya hajat hati nak tengok lantern tapi macam malas pulak nak jalan hujan-hujan cam ni sejukkkkkk…..

Korea - Day 8

(Hello Kitty Cafe - Trick Eye Museum - Gangnam City - Apgujeong) 
Hari ni hari ke-8 kat Korea...so today we decide pegi ke Hongik University tapi bukan nak gi bangunan university..tapi nak gi ke Hello Kitty Cafe...tapi we all pegi bertiga jee..sebab yang lagi tiga orang nak pegi ke DMZ,,,,,kat bawah ni ada serba sikit menganai DMZ..


"Korea is the only divided country in the world. After the Korean War (June 25 1950 – July 27 1953), South Korea and North Korea established a border that cut the Korean peninsula roughly in half. Stretching for 2km on either side of this border is the Demilitarized Zone (DMZ).  As one of the last relics of the Cold War, the DMZ attracts a great deal of public interest, and is a popular destination for travelers visiting Korea.  Despite the fact that this is the most heavily armed border in the world, it is extremely rare that any hostilities take place. These days the DMZ is a safe destination that we would thoroughly recommend to any traveler.  The DMZ and its surroundings contain many interesting historical sights and pristine untouched natural surroundings.http://kto.visitkorea.or.kr/eng.ktoyang"

Hello Kitty Café
Dari Station Myeong Dong
i)                    Dongdaemun History & Culture park Station (Line 4)
ii)                  Hongik Univ. (Line 3) use exit 9
Dari exit 8 jalan terus ke kiri…nampak Dunkin Donut jalan terus nampak Starbuck terus melintas in between (bukan jalan besar eaa) nampak kedai jalan terus macam naik bukit..nampak watson  belok kiri..tersergam bangunan Hello Kitty CafĂ©…Sampai je kat cafĂ© tu terus rasa terpegun sikit sebab semua deko and makanan bentuk Hello Kitty..sangat comel..masa datang tu tak ramai orang sangat..tapi terus carik tempat duduk n amik2 pic baru gi order time ni orang dah makin ramai..seb baik dah amik2 pic..tapi nak tggu order punya lah lambat ….paling suka kat sini roti bakar with caramel sos sedap…





Trick Eeye Museum

Lepas makan kat Hello Kitty CafĂ© terus gi Trick Eye Museum dekat je ngan Nanta Theater..museum ni terletak kat area B1 so kena turun tangga…untuk masuk ke trick eye museum ni..kena beli ticket dalam baper ekk lupa lahh…tapi enjoy photo2 kat bawah ni..





Gangnam City
Dari Hongik terus ke  Station Gangnam mula-mula ingat nak jalan kat Gangnam tapi memandangkan kat situ banyak bangunan opis rasa malas pulak nak naik ke city dia..so Cuma singgah sekejap jer lah kat situ…
  
Apgujeong City
Dari Station Gangnam (Line 2)
i)                    Seoul National Univ. of Education Station (Line 2)
ii)                  Apgujeong Station (Line 3)
Apgujeong ni terkenal sebagai kawasan elit ramai artis tinggal kat sini…so kat sini kita bole tengok banyak kedai-kedai yang branded contohnya DKNY…and lagi satu bandat ni punterkenal ngan plastic Sugery…kalau keluar dari subway dia memang banyak iklan tentang pembedahan plastic surgery dah macam iklan kosmetik dalam mingguan wanita hehehehe…  



Tapi sebenarnya tujuan utama ke sini bukan sebab nak shopink tapi sebenarnya nak ke SM Entertaiment mana tau terjumpa artis Korea…sampai2 depan bangunan tu rupanya ramai stalker yang berkumpul untuk amik pic artis-artis kesayangan dia orang (sampai macam tu sekali minat diaorang sangat obses oke)…


dari subway ke bangunan ni memang jauh sangat…so untuk balik kami mencuba mencari station subway yang terdekat…rupanya ada satu station baru..dalam peta subway pun takde lagi..so kami pun cuba jee berdasarkan peta kat station tu…..
Dari Station Apgujeongrodeo (Line Bundang)
i)                    Wangsimi  Station (Line 2)
ii)                  Dongdaemun History & Culture park Station (Line 4)
iii)                Myeong Dong Station (Line 4) 

map subway yg baru