rumah PPA1M Mahal :(

Ingat lagi tak dengan rumah PPA1M ???
awal tahun 2013 aku ada isi borang mohon rumah Penjawat Awam 1 Malaysia, tiba-tiba dalam cabutan undi fasa pertama (presint 17) nama aku naik...ya allah gembiranya sapa yang tak gembira kan tiba-tiba dapat rumah kat area Putrajaya dengan harga (RM150k hingga RM220K) sape yang tak nak kan....dalam tawaran tu siap dah bagi tingkat bape dan unit umah...

So..lepas hantar surat setuju terima... mulalah tanam angan-angan nk deco rumah..lepas tu bagitau semua orang yang dah dapat umah kat Putrajaya well sapa tak bangga kalau bujang macam aku ni mampu nak beli rumah kat Putrajaya kan...kan..kan...


keadaan rumah masih dalam pembinaan
 Tapikan......................

12 Mac 2016 yang lepas dapat SMS dari Perbadanan Putrajaya untuk sediakan dokumen untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli (sign SNP), time tu dah berdebar dah hati sebab sebelum ini ada dengar desas desus yang harga rumah ni semua adalah harga maksimum iaitu RM220K tapi time tu still pujuk hati takkan lah terus harga maksimum sebab bajet mmg dapat harga minimum jerr....

Ni adalah rumah contoh yang  hanya bole tengok dalam pc jee :)






sambung cerita tadi oleh sebab terfikir yang harga rumah ni adalah 220k dan harga maintenance pulak 20sen per k.p.(keluasan umah aku adalah 1000 x 20sen ) so...RM200 setiap bulan...
aku pun buat calculation dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor awamhttp://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/pengiraan kira punya kira monthly aku RM1,118 ...
aku pun kira 1,118 + 200 = 1,318 setiap bulan kena bayar .....hurmmmm...sedihnyaaaa...sayu rasa hati..nak nangissss......sebab tiba-tiba rasa tak mampu ialah aku kan single lagi ...tak cukup duit kalau aku beli rumah ni.....sayang nak lepaskan rumah kat Putrajaya ni tapi nak buat macam mane kalau aku beli memang makan pasir lah dalam masa 5 tahun ni...sedihhh tauuuuu...kenapalah kerajaan tak buat rumah yang murah yang mampu dimiliki oleh seorang yang bergaji rendah macam aku ni..kenapalah buat rumah yang mahal dan menyusahkan rakyat...kata nak bantu rakyat memiliki rumah tapi letak rumah mahal..lepas tu suka hati letak tingkat berapa...unit berapa...keluasan berapa..umpama kakitangan awam ni tak bole memilih..kalau aku diberi pilihan aku nak rumah yang kecil jee.....

Tarikh untuk sign SNP april ni..mungkin aku tak datang ataupun aku buat surat untuk tolak rumah ni....impian yang selama ini aku asyik mimpi tu terpaksalah aku padamkan sikit demi sikit...walaupun perit..pahit..tapi aku kena tengok cermin dan terima hakikat yang orang bergaji rendah macam aku ni memang tak mampu miliki rumah dan insyaallah mungkin ada hikmah disebalik semua ni...buat penjawat awam yang sedang memohon rumah PRIMA or PPA1M tengok dulu harga...tengok payslip kita..dan  tanya berapa sebenarnya harga rumah...rasa mampu baru apply ...
"menanam impian adalah indah tapi bila impian itu musnah adalah sesuatu yang menyakitkan"

nota kaki : "Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu. Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut. Tetapi kerana Allah tahu, kita berhak lebih baik daripada itu."



60 comments:

  1. Salam cik. Murah sangat Tu. Sy 6 tahun lepas beli Rumah 850sqft rm310k.
    Mmg sakit nk byr installment. Kalau rasa duit Tu lebih Bagus simpan tmpt lain / belanja, rasanya cik dh Ada jawapan kan?
    Sekadar beri pendapat.
    Bukan senang nak senang. Lagi senang cari spouse kaya bak hang. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak..saya akui memang murah harga tu bagi yang berkemampuan..tapi mungkin saya masih tak mampu dengan harga yang mcm tu dan dengan saya bersendirian ..mungkin saya akan cari alternative lain..dan juga mungkin ini bukan rezeki saya.. :)

      Delete
  2. Salam ini memang biasa terjadi untuk memiliki rumah pertama, tetapi cik boleh sewakan bilik untuk kurangkan komitment cik. atau berkahwin. dan biasanya jika rumah masih dalam pembangunan, cik tidak perlu bayar penuh. cik cuma perlu bayar interest yang bank keluarkan kepada pemaju. dan ini mengambil masa 2 tahun setengah untuk siap dan cik telah mempunyai kewangan yang agak kukuh ketika itu utk menampung sepenuhnya komitment rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sbb bagi pendapat dan idea untuk sewakna bilik...saya akan fikir lagi sedalam2nya :)

      Delete
  3. Salam... saya pun dapat rumah PPA1M... tp P11... bulan mei tahun lepas lagi kami dh dipangil untuk ambil surat tawaran jual beli... rumah saya bernilai RM220k... tp sampai skrg x sign s&p lagi... masa dipanggil tu... kami kena bawa deposit Rm2k dn yuran proses rm500 kalau terima... tp kami x dimaklumkan lagi pasal maintenance... sy ada baca n ramai yg komplen pasal maintenance... itu yg x sabar nak dengar sendiri dr pjh... awak kalu nak... pegi jer tgok nilai rumah awak dulu... dn dengar apa yg diutarakan... x semestinya kena terima... boleh juga tya bank2 yg ada nanti... kot boleh lepas loan sebab nak guna pijmn perumahan x layak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa pun saya akan pergi ke majlis sign SNP .. tengok dulu macam mana

      Delete
  4. Saya terpikir, boleh ke kalau ada orang lain nak ganti kan tempat awak? Kalau boleh, saya rasa saya berminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..mmg ramai yg nak ganti tempat saya :) sbb lokasi strategik dan harga pun sebenarnya murah

      Delete
  5. salam cik nadiya....jujur saya cakap kalau cik xambik rumah ni, cik akn menyesal di kemudian hari. Cuba awk cek nilai harga apartment yg dijual di putrajaya mostly entry price starting dr 4XXk hampir 500k - 700k, cuba awak google harga projek kondo dwiputra residence by SP Setia, Shaftbury Avanue,Saujana Aster mmg semua harga mampu tengok....Alhamdulillah sy pun dapat PPA1m tp melalui ayah sbb sy keja company swasta, mmg sy xlayak apply....so kalau sign snp nanti kami akn combine loan, tp 100% sy akn bayar...FYI sy pun bujang mcm cik, kalau kira2 harga max (260k), 1200sqft bulan2 lebih kurang 1500...kalau sy ambik rumah ni...total commitment sy almost 3k per month, mmg sakit tp bila fikir masa dpn pastu dgn harga rumah yg mencanak n xturun2 area lembah klang ni....awk fikir la btl2

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam en. Alexander...terima kasih atas komen awak..saya pun masih berfikir-fikir lagi...saya bukan apa takut tak boleh nak commitment..sbb gaji saya kecik sangat macam bulanan terlalu berat...tapi saya akan cuba submit loan macam mana if tak lepas saya redha dan pasrah jerlah ..mungkin rezeki saya ada kat tempat lain :) anyway thanks baca luahan ni

      Delete
  6. Assalam nadiya..pegi x sign snp tu? husband akak ada gak la dpt PPA1M tp blom dipanggil utk snp..maintanance fee kekal 0.20 ke? awk terima x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak..sori lambat balas...saya tak sign snp..masih berfikir ni kak :)

      Delete
  7. sayangg sgt kalau tolak...mahal skrg,nanti gaji naik kan,,x terasa sgt kena byr bulanan.kena berjimat cermat,insyaallah,moga dipermudahkan urusan saudari

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih sbb komen, saya dah kira2 kalau gaji naik pun masih tak bole lagi nk cover semua :(

      Delete
  8. Sis, sy bru dpt tawaran rumah PPA1M di mrr2 kepong... 26 mei 2016 bru pecah tanah.. Dpt jenis rumah type B 150k.. Masalah skrg sy kena standby deposit rm2k n rm500 yuran dlm masa terdekat.. Sy x tahu nk cari duit kt mane dlm mase singkat ni.. Klo sy tolak tawaran, nama akan black list ke.. Boleh ke apply permohanan baru pda masa akn dtg ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Siti Rosnihawa..sori lambat reply....saya dah fikir masak2 tentang rumah yg saya dapat tu..dan saya dah hantar borang untuk tolakan dengan alasan. Jumlah potongan gaji dicampur dengan potongan sedia ada telah melebihi 60% daripada jumlah gaji pokok dicampur dengan elaun-elaun yang berkaitan. Saya tanya kat perbadanan adakah kena blacklist dia org kata tak pulak. Dan saya pervaya rezeki saya mungkin kat tempat lain :)

      Delete
  9. Rumah PPA1M kat kepong murah hanya rm150k utk 1000 sqft.. dah la di area KL pastu permandangan tasik.. memang berbaloi baloi.. pemaju pon main peranan sebenarnya, pemaju ppa1m kepong tu, jl99 holding meletakkan harga minimum utk setiap rumah.. so beruntung sgt sesiapa yg dpt ppa1m kepong tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lah lambat reply.. :) iye ke kat Kepong murah tapi nk ke tempat keje jauh pulak :)

      Delete
    2. Akan dtg nak buat mrt 2 dari sungai buloh ke putrajaya dan jln melalui kepong.. so boleh je gi kerja nanti naik train.

      Delete
    3. Akan dtg nak buat mrt 2 dari sungai buloh ke putrajaya dan jln melalui kepong.. so boleh je gi kerja nanti naik train.

      Delete
  10. Rumah PPA1M kat kepong murah hanya rm150k utk 1000 sqft.. dah la di area KL pastu permandangan tasik.. memang berbaloi baloi.. pemaju pon main peranan sebenarnya, pemaju ppa1m kepong tu, jl99 holding meletakkan harga minimum utk setiap rumah.. so beruntung sgt sesiapa yg dpt ppa1m kepong tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau saya agak jauh kepong tu dgn tempat kerja ...tapi kalau untuk long term & dah berfamily oke sangat tu....

      Delete
  11. So apa kesudahannya sis?sis tolak ke?lppsa ckp baki gaji bersih mesti ada rm500 at least setelah dipotong monthly rumah tu.sy pula dlm dilema,prima sy dpt teres biasa lot tgh d sp 218k,ppa1m pula semi d 238k..dua2 serentak utk proses snp,bezanya prima lawyer fee ditanggung.ppa1m lawyer fee sndri.huuh tak tau nk pilih yg mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah saya dah tolak rumah ni walaupun berat hati ...tapi kalau saya terima mmg saya tak mampu nk byr every month 1300++ untuk rumah...dah kira2 balance duit after tolak semua komitmen dalam 100 lebih jerr cam ne nak survive hehehehe lagipun saya bujang...susah tu

      Delete
    2. Untung nya dpt semi d/teres. Cyberjaya apartment dah 280k, xsmpai 1000 kaki pun

      Delete
  12. Confirm ke eh kalo tolak tawaran kali ni. Xkan kena blaclist utk mohon lg akan datang?... tengah berfikir2 jugak ni nak terima atau x..hmmm.. tkut kena blacklist je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu saya ada tanya pejabat ppa1m di perbadanan putrajaya diaorg kata tak blacklist...tapi kalau kena blacklist pun is not fair bukan kita tolak suka hati...kalau dah tak mampu nk buat mcm mane kan..takkan diaorg nk tanggung duit yg kita tak mampu .. :)

      Delete
    2. awak tolak ke?..ada format surat penolakan x?

      Delete
    3. ade format tu awak email saya bole i_nadiya@yahoo.com.my

      Delete
    4. sya pun nk format penolakan itu cik nadiya....for preparations...hihi

      Delete
    5. Salam dik nadiya..boleh emailkan kt akk jgk tak surat penolakan tawaran rumah..akk dpt rumah selangorku tp mhl 250k. ni email fatineinanieyk89@gmail.com

      Delete
    6. slm cik nadiya.. boleh emailkan kepada saya borang penolakan rumah ppa1m..tq

      Delete
    7. Nak jugak tgk cth surat pnolakan. Tq.. Tlg email cik.. Saadahab@gmail.com

      Delete
  13. Confirm ke eh kalo tolak tawaran kali ni. Xkan kena blaclist utk mohon lg akan datang?... tengah berfikir2 jugak ni nak terima atau x..hmmm.. tkut kena blacklist je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tanya dah hari tu dia kata x balcklist

      Delete
  14. Mana bagus sebenarnya, rumah ppa1m ke PR1MA? Serba salah nak pilih. 😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa dua2 pun oke...cuma beza nama je kot pada saya . .. :)

      Delete
  15. Berapa sebenarnya deposit yang kena sediakan untuk PPA1M ni? Betul ke cuma RM 2K + 500 yuran pendaftaran? Risau nak mohon...takut deposit dia mintak beribu2 RM..dekat mana nak cekau? ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti berapa tapi masa mula2 tu dia org kata cuma sediakan rm2000 tapi bila rumah dah siap dia org kata kena tambah lagi 500 tapi saya tak sure lah sebab saya dah tolak rumah ni

      Delete
    2. masa saya jumpa pihak pemaju,dia org kata kita akan sediakan deposit berjumlah 2% dari harga rumah..jika pinjaman kerajaan tak full loan,kita kena sediakan deposit 10% dari harga rumah..pastu kena settlekan wang beza..

      Delete
  16. terjadi gak kat ambe... sarawak rega 300k... masa tawaran memang rasa seronok sebab yelah nak beli umah... umu pun dah cecah 40 series... tp...bila cek payslip dan lppsa approve hanya 240k ... mane nak cekau rm40k? disember lepas dah keluar surat tawaran... ambe paksa tolak ngan berat hati kerana campur tolak... 2 tahun akan dtg gaji bersih lepas tolak umah tingal rm700 .... kekadang hairan gak cara lppsa kira kelayakan... syarat balance gaji minimum rm200... nak makan apa kalau tinggal rm200?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa mereka tak bagi check dulu gaji sebelum bagi tawaran kan...

      Delete
  17. waaaa mahalnya kos maintenance.....sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih..punah impian nak ada umah sendiri

      Delete
  18. Memang harga yg ditawarkan olh ppa 1m ni mahal..

    ReplyDelete
  19. Memang harga yg ditawarkan olh ppa 1m ni mahal..

    ReplyDelete
  20. Memang harga yg ditawarkan olh ppa 1m ni mahal..

    ReplyDelete
  21. Salam semua. Kena berhati2 nak beli rumah ppa1m ni. Ada kes rumah dah siap tapi gov x bayar subsidi ke pemaju lagi. So pemaju xkan serah kunci kepada pembeli selagi gov x bayar. Tapi installment bank dah start bayar. So kena kaji dari setiap sudut. Al least kalau bank dah start collect installment tuan puan adalah duit simpanan untuk back up belanja harian. Kalau x makan pasir la jawabnya

    ReplyDelete
  22. slm cik nadiya.. boleh send pada sye surat penolakan ppa1m.. syuhaidahshahudin@gmail.com.. tq

    ReplyDelete
  23. slm cik nadiya.. boleh send pada sye surat penolakan ppa1m.. syuhaidahshahudin@gmail.com.. tq

    ReplyDelete
  24. Hi there.. we are interested in your blog writing. Can we have your email please? Thanks! :)

    ReplyDelete
  25. haha...pening gak nak beli rumah nie

    ReplyDelete
  26. Mcm sy baru apply ppa1m kepong jenis c..tu pon last minit..harap2 dapatla

    ReplyDelete
  27. Mcm sy baru apply ppa1m kepong jenis c..tu pon last minit..harap2 dapatla

    ReplyDelete
  28. Saya dapat tawaran rumah Selangorku. Tapi belum pasti loan lulus ke tak. Kemudian Pr1ma bagi offer suruh datang tnegok umah. Harga pulak dalam 350K..buntu nak pegi ke tak atau tunggu offer umah selangorku..

    ReplyDelete