Sakit Itu aNugerah

SAKIT itu adalah anugerah dan menguji kesabaran daripada ALLAH untuk hambanya, sabda Rasulullah Saw, “Sangat menakjubkan urusan orang-orang mukmin itu. Mereka menerima semua persoalan hidup sebagai kebaikan baginya. Apabila kegembiraan yang diterimanya ia akan bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya. & apabila kepedihan yang diterimanya maka ia bersabar dan itupun merupakan kebaikan pula baginya.”. 

"Sesungguhnya, kesyukuran itu tanda keimanan, dan kedurhakaan adalah tanda kekufuran. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya"

Menurut HAMKA, “Bila kita diuji maka bersabarlah kerana sesungguhnya ujian itu adalah sebagai musibah disebabkan kurangnya ketaatan kita kepada ALLAH.” Mata kita akan terpaku saat mendengar pendapat daripada Ibnu Qayyim pula. “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia yang ujub dan takbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Kerana itu, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat ALLAH yang disiramkan kepadanya. Ia akan membersihkan karatan jiwanya dan mensucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan ALLAH untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.”

"tiada ubat yang lebih mujarab selain berdoa kepada ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Kesakitan itu datang daripada ALLAH, maka kesembuhan itu juga datang dengan izin ALLAH"

dah seminggu saya demam.... :( 


No comments:

Post a Comment