~~Universal Studio Singapore (part II)~~


Dah settle semua urusan passport ..ok USS here I come..bas akan terus bawa kita ke area parking…dan kita hanya perlu naik eskalator  dan dampai  ke entrance USS..Oppss..jangan lupa posing depan globe (tempat wajib pengunjung USS untuk bergambar sebelum masuk)…untuk masuk ke USS pengunjung tak benarkan bawa makanan kalau bawak pun kena sembunyi masuk dalam beg..jangan tayang2 oke..nanti dia suruh tinggal.


Masuk jer kat USS ..kami decide belok ke kanan (sebab kawan-kawan yg penah pegi kata sebelah kanan lagi adventure J) mula-mula kita orang pegi zon New York  pastu masuk “Light, Camera, Action!!” kat situ kita di bawa melihat keadaan sebenar filem Steven Spielbelg..kita dapat rasa macam mana ribut berlaku..(kat sini saya bagi 3 bintang..best jugaklah)..pas tu kami terus ke Transformer (tempat yang memang saya & adik-adik wajib pegi)..beratur panjang jugak tapi memang berbaloi..kat sini kami bagi 5 bintang memang best giler…rasa betul2 ikut Transformer gi berperang huhuhuh…terjerit2 kita orang kat dalam..hehehehhe…memang best lahhh…


sementara tggu mereka $7.90
Dah habis terjerit-jerit kita orang gi kat Zon Sci-Fi..kat sini ada roller coaster yang sangat extreme..ada 2 pilihan sama ada nak naik Human (duduk) atau Cylon (duduk tapi terjulur ke bawah), kedua-dua ni akan bergerak serentak…yang penting adik-adik saya jer yg naik..saya ngan adik bongsu saya tak naik (takutttt)….lama gak tggu dia orang nak abis main roller coaster so tggu jer lah kat luar..setiap kali roller coaster tu bergerak jeritan – jeritan mereka yang ada dalam roller coaster tu mmg sangat kuat menambahkan debaran kita orang  jer.. (dalam hati : bole ke adik-adik aku naik)..after 40 minit nampak dia orang atas roller coaster..mcm nak gugu jantung tgk dia orang (itu baru tengok belum naik) dalam 5 minit nampak dia orang dah sudah & keluar my sis (ila)dengan keadaan yang pucat ..kata “kalau kena bayar juta2 pun aku tak nak naik lagi..sangat takutttttt” but my sis (nisa) kata “best..tapi takut”*actually dia yg ber ia ajak naik).

muka selepas turun roller coaster
malas masuk dalam kat depan jerr..
Lepas roller coaster tu kita orang gi zon Ancient Egypt konon-konon nak masuk “revenge of the Mummy (ala2 roller coaster jugak tapi dalam gelap) tapi oleh kerana penangan roller coaster tadi Ila dah rasa nak muntah + pening..so kita orang amik pic jer lah kat situ…sebenarnya saya pun da tak nak naik takut sbb masa kat tranformer pun kejam mata..hehehehe kita orang decide utk pegi makan jer lah…
Kita orang pilih utk makan kat Zon Far Far Away…kita orang amik kid nyer meal sebab nak dapatkan bekas makanan woddy woodpecker .

setiap satu $9.50

makan ... :)

No comments:

Post a Comment