Tahap Stress dalam pekerjaan

Anda pernah stress? semua orang pernah stress..stress terbahagi kepada 4 fasa...cuba lihat anda difasa yang mana. Stress ni boleh mengundang bahaya...sebelum stress menjadi semakin berat...cuba beberapa tip di bawah...

Fasa 1
Terima banyak cabaran dan bertindak secara positif kerana anda suka dengan keadaan tersebut

Fasa 2
Selepas satu ketika anda berasa sangat letih dan bimbang tugas tidak selesai serta kecewa hingga kualiti kerja menurun

Fasa 3
Tekanan semakin memuncak dan anda tidak boleh lagi terima tekanan serta mua rasa sakit, tidak dihargai, menjauhkan diri dari organisasi dan fikir untuk mencari kerja lain
Jika anda di Fasa ini anda harus ke Kaunseling atau Luahkan Perasaan supaya beban  yang di tanggung berkurangan

Fasa 4
Anda mengalami kemurungan, rasa macam nak gila (nervous breakdown) dan kesan fizikal
Jika anda di Fasa ini anda harus bercuti atau berhenti sahaja


Tips Hilangkan Stress

1. Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 2, tahan nafas dalam kiraan 2, dan lepaskan melalui mulut perlahan-lahan dalam kiraan 4.
2. Genggam tangan sekuat-kuatnya dan lepaskan perlahan-lahan
3. Dengar lagu yang bole menenangkan jiwa
4. Lihat gambar-gambar lama yang boleh mengembirakan hati

2 comments: