Singapore (one day only)

Hola...

Happy New Year 2018

Hi...oke kak nedd nk cerita sikit..before Christmas kak nedd ada ke Singapore sekejap jee dengan alasan nk mkn murtabak kat ZAMZAM Reataurant...

Bagi mereka yang nak ke Singapore melalui JB meh kak Nedd kongsikan cara mudah...

  1. ~park kereta kat Terminal Bas Larkin (akak park dari 7.30 pg hingga 5.30 petang dalam RM10)
  2. ~Naik bas ke Singapore (akak naik bas turun ke KRANJI)
  3. ~ Bas akan berhenti ke CIQ Checkpoint untuk pemeriksaan imigresen MALAYSIA (semua penumpang kena turun)**** tiket bas jgn hilang sebab kita nak naik bas dari syarikat yang sama kalau hilang kena beli semula*********
  4. ~ Selesai urusan bolehlah naik bas dr syarikat yang sama untuk ke Woodland check point
  5. ~ sama juga seperti di CIQ tadi kita semua kena turun untuk urusan imigresen Singapore di Woodland , sebelum beratur utk chop passport jangan lupa isi form putih yang memang ada disediakan di situ (pen jgn lupa bawa)
  6. ~ Selesai segala urusan turun bawah dan beratur untuk naik bas ke Kranji (ingat tau dari syarikat yang sama)
  7. ~ sampai Kranji bole lah pilih mana2 destinasi yang anda nk pergi dengan menaiki MRT

Happy Holiday gaissss.....

Kak Nedd

cerita sepi

agak lama tak menulis
bila penyakit malas ni datang semua pun tak jadi :)
semua pun jadi tak de mood nak menulis
travel sana sini
tak sempat nak update
trip ke Jakarta - Bandung
trip ke Vietnam
trip ke Surabaya - Yogjakarta
trip ke Ipoh
banyak nyer nak update
anyway tunggu eaa...
akan muncul tip-tip melancong ke sana ::)



rumah PPA1M Mahal :(

Ingat lagi tak dengan rumah PPA1M ???
awal tahun 2013 aku ada isi borang mohon rumah Penjawat Awam 1 Malaysia, tiba-tiba dalam cabutan undi fasa pertama (presint 17) nama aku naik...ya allah gembiranya sapa yang tak gembira kan tiba-tiba dapat rumah kat area Putrajaya dengan harga (RM150k hingga RM220K) sape yang tak nak kan....dalam tawaran tu siap dah bagi tingkat bape dan unit umah...

So..lepas hantar surat setuju terima... mulalah tanam angan-angan nk deco rumah..lepas tu bagitau semua orang yang dah dapat umah kat Putrajaya well sapa tak bangga kalau bujang macam aku ni mampu nak beli rumah kat Putrajaya kan...kan..kan...


keadaan rumah masih dalam pembinaan
 Tapikan......................

12 Mac 2016 yang lepas dapat SMS dari Perbadanan Putrajaya untuk sediakan dokumen untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli (sign SNP), time tu dah berdebar dah hati sebab sebelum ini ada dengar desas desus yang harga rumah ni semua adalah harga maksimum iaitu RM220K tapi time tu still pujuk hati takkan lah terus harga maksimum sebab bajet mmg dapat harga minimum jerr....

Ni adalah rumah contoh yang  hanya bole tengok dalam pc jee :)






sambung cerita tadi oleh sebab terfikir yang harga rumah ni adalah 220k dan harga maintenance pulak 20sen per k.p.(keluasan umah aku adalah 1000 x 20sen ) so...RM200 setiap bulan...
aku pun buat calculation dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor awamhttp://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/pengiraan kira punya kira monthly aku RM1,118 ...
aku pun kira 1,118 + 200 = 1,318 setiap bulan kena bayar .....hurmmmm...sedihnyaaaa...sayu rasa hati..nak nangissss......sebab tiba-tiba rasa tak mampu ialah aku kan single lagi ...tak cukup duit kalau aku beli rumah ni.....sayang nak lepaskan rumah kat Putrajaya ni tapi nak buat macam mane kalau aku beli memang makan pasir lah dalam masa 5 tahun ni...sedihhh tauuuuu...kenapalah kerajaan tak buat rumah yang murah yang mampu dimiliki oleh seorang yang bergaji rendah macam aku ni..kenapalah buat rumah yang mahal dan menyusahkan rakyat...kata nak bantu rakyat memiliki rumah tapi letak rumah mahal..lepas tu suka hati letak tingkat berapa...unit berapa...keluasan berapa..umpama kakitangan awam ni tak bole memilih..kalau aku diberi pilihan aku nak rumah yang kecil jee.....

Tarikh untuk sign SNP april ni..mungkin aku tak datang ataupun aku buat surat untuk tolak rumah ni....impian yang selama ini aku asyik mimpi tu terpaksalah aku padamkan sikit demi sikit...walaupun perit..pahit..tapi aku kena tengok cermin dan terima hakikat yang orang bergaji rendah macam aku ni memang tak mampu miliki rumah dan insyaallah mungkin ada hikmah disebalik semua ni...buat penjawat awam yang sedang memohon rumah PRIMA or PPA1M tengok dulu harga...tengok payslip kita..dan  tanya berapa sebenarnya harga rumah...rasa mampu baru apply ...
"menanam impian adalah indah tapi bila impian itu musnah adalah sesuatu yang menyakitkan"

nota kaki : "Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu. Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut. Tetapi kerana Allah tahu, kita berhak lebih baik daripada itu."



Dilwale..... harus pegi tengok

Dilwale
Percintaan Pasangan Pertengahan Umur
Bagi mereka yang seusia saya, haruslah menonton Dilwale sebab anda akan rasa dibuai-buai dengan kisah dulu-dulu hehehhee…sangat sweet tau….

cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta mewah.
Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh jiran tetangga. Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan akhirnya mereka jatuh cinta. 

flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju.,,,,,,,Untuk mengetahui kisah seterusnya kenalah menonton filem Dilwale di pawagam berdekatan 

saya sendiri dah menonton filem ini sebanyak 3 kali..sebab say amemang penimat Shah Rukh Khan. Dan kalau anda peminat Shah Rukh Khan tiada sebab untuk tidak menonton Dilwale…keasyikan lagu-lagunya disamping keindahan pemandangan Bulgaria dan Iceland memang sangat awesome…terus jatuh hati dengan tempat tu…lagi satu Varun Dhavan sangat cute dan cool.... hehehehee

My Fav Song in this film....





Krabi

Jom share sikit sikit trip ke Krabi, actually kami ke Krabi untuk celebrate Merdeka katanya .. trip ni pada 28 to 31 August 2015. 

Day 1 

7.30 PAGI                            -              BERGERAK KE KLIA
9.10 PAGI                            -              DEPARTURE DARI KLIA KE BANGKOK, THAILAND
10.15 PAGI                          -              ARRIVING @ SUVARNABHUMI BANGKOK AIRPORT
2.15 PM ( THAI TIME)          -              DEPARTURE DARI BANGKOK KE KRABI
3.40 PTG                              -              DIJANGKA SAMPAI DI KRABI INTERNATIONAL AIRPORT
4.40 PTG                              -              TIBA DI PENGINAPAN ( AONANG TOP VIEW )
7.00 MLM                            -              DINNER DI GERAI2 TEPI JALAN JE DAN CARI AGENSI UNTUK
                                                                ISLAND HOPING  (500 Bath = 4 Island, Long Tail Boat)

Day 2 

7.30 PAGI                            -              AGEN PICK UP DI HOTEL UTK ISLAND HOPING
4.00 PTG                              -              SELESAI ISLAND HOPING
                                                                (TERMASUK HALAL LUNCH DAN MINERAL WATER )
4.30 PTG                              -              BEREHAT DAN MENGADAP ILAHI
6.00 PTG                              -              GI PANTAI MENIKMATI SUNSET
8.00 MLM                            -              DINNER DAN SHOPPING DI KRABI NIGHT MARKET MENGGUNAKAN TUK TUK (pengalaman menaiki pengangkutan awam disana memang sangat awesome)


Day 3 

10.00 PAGI                          -              SEWA MOTOSIKAL DAN JELAJAH KRABI (semua perjalanan sememangnya tidak dirancang hanya mengikut peta dan tayar motor  .. feel free without plan hehehe )
7.00 MLM                            -              SHOPPING DI KRABI NIGHT MARKET

Day 4                        
9.00 PAGI(THAITIME)     -              CHECKOUT DARI HOTEL DAN BERGERAK KE AIRPORT
11.40 PAGI (THAITIME) -              DEPARTURE DARI KRABI AIRPORT KE BANGKOK
1.05 TGAHARI (THAITIME) -        DIJANGKA SAMPAI DI BANGKOK SUVARNABHUMI AIRPORT

5.05 PTG                             -               DEPARTURE DARI BANGKOK KE KLIA 1

kau pergi jua

7 Oktober ..5.30 petang

aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon..
ya allah...berita yang membuatkan aku terdiam..
betul ke apa yang aku dengar
kau dah tiada
baru 1 minit lepas aku bercerita tentang kau
baru rasanya aku peluk cium kau
Argh!!! rasa baru semalam kita berjumpa
kau minta mak aku goreng cekodok tuk kau
kau minta aku beli macam2 untuk kau
karipap .. smaties..gula-gula jelly..
sbb kau cakap kau tak selera makan nasi
ingat lagi kita share teh ais..nugget 2 hari lepas
lepas tu kita sembang2 pasal cerita dulu
ketawa..gelak2..macam tak pernah ada cerita sedih
walhal aku tau .. hidup kau byk kisah sedih yang kau nak cerita pada aku
tapi aku buat2 tak tanya sebab aku tak nak kau sedih
Tapi allah lebih sayangkan kau...
akhirnya kau pergi
setelah banyak kesedihan kau lalui sendiri
sakit yang kau tanggung selama ini..
Walaupun aku sedih atas pemergian kau
tapi aku rela..biarlah kau pergi
dari kau terseksa...

"Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan 
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku"


Alfatihah buat kesayangan +Dhia Dirham semoga tenang kau disana..dan semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang solehah...amin...

maafkan-aku
sahabat-selamanya

maafkan aku....

sahabat...
aku harap kau tabah
aku harap kau cekal
mengharungi ujian darinya
maafkan aku ...
kerana tiada disaat kau perlukan aku
bukan aku tak peduli jauh sekali melupakan kau
cuma aku tak kuat untuk berdepan dengan kau
aku tak sampai hati melihat kau dalam keadaan itu
kau yang aku kenal dulu lain...
ingat lagi waktu kita gelak sama-sama
kadang-kadang waktu sukar kita sama-sama berair mata
banyak memori ketika waktu remaja kita lalui
argh!! sedihnya bila ingat
hari ini air mata aku tumpah sebab kau
perkhabaran dari kawan-kawan yang melawat kau
membuat aku sayu..pilu..geram..
aku geram yang manusia binatang yang menjadikan kau seperti ini
manusia yang bertopengkan syaitan
aku doakan supaya manusia itu terima balasan
setimpal atas apa yang dia buat kat kau
Sahabat....
Sekali lagi maafkan aku
Kerana tidak menjadi sahabatmu yang baik
Dari kejauhan aku sentiasa melihat perkembanganmu
Semoga kau cepat sembuh
dan aku janji selepas kau sembuh
aku akan bantu kau untuk bina hidup baru
dan aku nak kau tau
Kaulah sahabat aku dunia akhirat
...aku sayang kau....

Padang - Bukittinggi (Part 4)

Day 4 ~~~ Last Day here...

Flight pagi...so kami bergerak dari hotel ke airport around 5.30 pagi...bila balik beg memang banyak Bye Padang
Bye Bukittinggi
Jumpa Lagi....

Padang - Bukittinggi (Part 3)

Day 3

Hari ni..last day kat Bukittinggi...pagi2 lagi kami dah keluar nak ke Pasar Atas sebab semalam tak puas shopping hehehhee...janji ngan pak supir shopping until 10 pagi but terus terlajak sampai kul 12...bestlah shopping kat Padang tak sesesak Pasar Baru, Bandung, Pasar Beringharjo, Yongjakarta.Takde orang langsung..bestnyaaaaaaa

Lepas gi pasar kami pegilah Istana Pagaruyung yang merupakan pusat pemerintahan Minangkabau tapi kami tak pegi yang besar kami pegi yang kecil jee...sewa baju..& feeling macam pengantin minang kabau.

Sampai Padang kita orang singgah sekejap kat Jembatan Siti Nurbaya lepas tu check in hotel ..rehat then makan malam kat Pondok Flora yang terkenal dengan menu Ikan Bakar


Padang - Bukit Tinggi (Part 2)

Memandangkan entry dah terlalu lama di tinggalkan...

Hari kedua kami bangun awal sebab nak pegi Danau Maninjau via puncak lawang dan melewati kelok 44...kelok tu maknanya selekoh tajam..setiap selekoh ada nombor untuk beritahu kita dah ke selekoh yang ke berapa agak mencabar juga perjalanan dan pening kepala sebab selekoh terlalu dekat-dekat...kami tak lah sampai kelok 1 (dia bermula dengan kelok 44) just samapi kelok 20++ jee.
Dah puas snap picture...kitaorang bergerak pulang untuk melawat  Lubang Jepang (optional) peninggalan dari perang dunia ke II, kat sini agak seram but dalam lubang ni sejuk sebab dia orang dah bina balik...tapi bila masuk jee terus rasa serammmmmmm..hehehe dengan cerita-cerita yang tourist guide tu cerita lagilah seram...




Padang - Bukittinggi (Part 1)

Hola...
masih tak terlalu lambat nk citer percutian kali ni..
Padang
Bukittinggi
Percutian selama 4 hari 3 malam best sangatt..sebab bercuti dengan BFF

percutian ini biasa2 je but the best thing kita dapat spent dengan kawan-kawan yang disayangi
Actually percutian ni dah plan setahun yang lalu..lamakan..tiket untuk percutian ni cuma RM85 pergi-balik murah kan ..

Untuk permulaan ke sini kami ambil pakej dari seorang pak supir yang ada dalam forum cari.com.my
nama dia Pak Mario (if nak detail dia bole email ke saya )...harga paker termasuk hotel + kenderaan + makan = 1.3 juta...(hotel di bukittinggi 2 mlm, di padang 1 mlm)

Day 1

Dari KLIA 2, flight pukul 1.30 ptg..so sampai ke Minangkabau International Airport lebih kurang pukul 1.40 waktu Indonesia... KL ke Padang lebih kurang 1 jam....airport dia tak lah besar pun...sesak sikit kalau 2 kapal terbang sampai serentak...waktu nak tarik beg keluar dari airport sila simpan tiket sebab ada orang check betul tak beg yang kita amik tu beg kita...ingat tu...

Sampai2 je..pak supir dah tunggu..yeah tak sabar nak ke Bukittinggi, perjalanan ke Bukittinggi dari Padang sangatlah jauh..sepanjang perjalanan memang view dia sangat awesome best giler...air terjun..sawah padi..gunung gannag...bestnya..pastu yang paling best..setiap beberapa ratus meter mesti ada masjid or tempat solat..kat sini jugak banyak sekolah agama...moment yang paling indah yang dapat dirasakan bila buka tingkap kereta dengar orang mengaji sayup2 daria tas bukit..betapa tenangnya ketika itu dan betapa besarnya kuasa allah s.w.t. dengan keindahan alam semulajadi..cuaca redup nak hujan..sejuk..lepas tu dengar suara orang mengaji...it feel perjalanan ini direstui...perjalanan ke bukittinggi dalam 2 jam kot..tak ingat lah sebab separuh perjalanan nak dekat sampai tu hujan lebat..siap melalui banjir lagi..kata pak supir tu pertama kali banjir  ni...air laju dari atas bukitg seram gak...

Air Terjun Lembah Anai






Wonder Cake House

Masih sekita bandar Port Dickson....
nak cerita pasal ada satu kedai roti sedap sangat kat bandar PD
owner dia uncle chinese
but pekerja dia semua melayu
roti dia memang lembut (maaf takde pic. roti sebab dah makan baru ingat nk snap pic..sori eaa)
kalau korang pegi ke PD jangan lupa singgah kat kedai ni...mesti percaya apa yang kita tulis ni...
dengan owner


Homestay @PD

Holaaa...

Cuti sekolah dah dekat dah...
pada mereka yang nak bercuti ke Port Dickson
kita suggest satu homestay ni yg mampu milik.. (pandai2 nego ngan tuan rumah ni eaa)
Homestay aka. Apartment ni terletak di P.D. Perdana
walaupun luaran agak suram..tapi kata orang tua-tua zaman British  "dont judge a book by the cover"
hehehhehehe...
Apartment ni ade 3 bilik 2 bilik air..dapur..peti ais..aircond..tv...kira berbaloi lah dengan harga mampu milik...if nak booking boleh je email i_nadiya@yahoo.com.my



My Birthday

Entry ini sepatutnya aku tulis pada 20 April ...
tarikh tu merupakan tarikh aku dilahirkan
Syukur ke hadrat ilahi aku dikelilingi insan-insan yang terbaik
Abah & Mak yang sayang aku
Adik-adik yang menghormati aku
Nenek yang selalu mendoakan aku
Makcik..Pakcik..adik sepupu yang memberi perhatian
Kawan-kawan yang ada disaat aku memerlukan...

35 tahun?
Yup itu umur aku..
Bila orang tanya ..cuma kadang-kadang aku malas nak bagitau umur sebenar
bukan sebab malu dengan angka 35
cuma malas nak menjawab soalan-soalan selepas itu..
tau jerlah kan...

Sepanjang perjalanan menuju ke 35
banyak suka duka pahit manis
yang mengajar aku sebuah kehidupan

Biarlah yang pahit dan duka itu aku  jadikan pemangkin untuk terus berjalan
Yang manis dan suka menjadi gula mengiringi perjalanan aku..

Terima kasih sahabat dan keluarga yang mendoakan untuk aku
Ucapan yang kalian beri cukup menjadikan aku rasa disayangi...
Untuk sahabat yang meraikan terima kasih sangat-sangat
Anda akan membuatkan saya senyum sepanjang tahun
L.O.V.E. untuk kamu....


-nadine-




Resepi : Nasi Goreng Simple

Memandangkan mood masak dah datang, kita nak share resepi simple masak nasi goreng


Bahan A
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
6 biji cili padi (nak pedas kena letak banyak)
seulas halia
seulas kunyit
sikit belacan

Bahan B
nasi putih
telur mata
Minyak masak
garam
serbuk perasa

Mula-mula tumbuk atau kisar Bahan A sampai lumat. Panaskan minyak, tumis Bahan A sampai kering dan naik bau jangan lupa garam & serbuk perasa masukkan sekali.
Bila bahan dah kering masukkan nasi tadi (pastikan nasi dalam keadaan sejuk) gaul sampai rata. Goreng nasi sampai kering pas angkat dan hidang dengan telur mata.

*SELAMAT MENCUBA*

Bila nak Kahwin ????

Bila nak kahwin???

OMG!!!!
bila jumpa kawan2 lama ataupun reunion pasti keluar soalan kat atas tu
bila balik  kampung sedara mare pun tanya soalan kat atas tu
semua orang lah kalau jumpa mesti tanya soalan tu!!!
Argh!!!!
Tensen!!!!!

dan selalunya jawapan-jawapan begini akan keluar

1. Malaslah nak fikir...senang macam ni je kot
Kalau jawapan ni..mesti dia orang akan cakap eh!! tak boleh macam tu benda2 pasangan hidup ni kena fikir..(terus aku rasa nak pengsan...kena berleter apatah lagi kalau nenek aku yang membebel)

2. Alahhhh..kita kan tak abis belajar lagi...biarlah abis belajar dulu
Jawapan penyelamat...tapi tak selamat jugak sebab aku belajar part time je..last2 kena balik..tetap ade syarahan dihujung perbualan.

3. Sapalah nak kat kita ni..kita kan gemuk
bila dah rasa bosan, jawapan ni pun keluar..agak merendah diri kendegarannya kan..walaubagaimana pun hujung perbualan tetap akan berbunyi bergini "kau tu yg memilih aku tengok orang gemuk pun ade pasanagan nyer" .. oke!! makin bosan!!

4. Takut tak sempat nak dating..sbb saya selalu ada aktiviti sendiri..nanti pasangan saya bosan
Logik tak ?? hahahhaa..tapi kan selalunya bila dah saya semua pun sempat kan..

5.Saya takut nak ada boyfriend..saya pernah kecewa..saya serik
Last jawapan untuk menarik simpati...sure pas tu takde pertanyaan lagi..sebab tak sampai hati

Sebenarnya takde sebab pun kenapa tak kawin or takde "boyfriend" lagi, jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya rahsia tuhan. Kita hanya mampu merancang allah s.w.t. yang tentukan . Mungkin belum masanya aku berjumpa "right person", InsyaAllah adalah nanti..biar aku kejar cita-cita dulu..dan buat masa ini aku lebih senang sendiri menjalani kesana kesini takde sapa tanya... mungkin esok..lusa jodoh aku sape tau kan :)

new partner

hai..january!!!

Lama tak cerita pasal diri kita kat sini..
well nak bagitau ni
sekarang kita dah ada partner baru
nop!! bukan partner hidup ataupun boyfren
sekarang kita ada kucing!!!!
i am a cat lover now
actually kita bela kucing ni since lepas raya hari tu
cuma x sempat nak update
hehehhe bz lah katakan sejak keja dengan ahli politik ni
hehehehhee (poyo jer kan)
berbalik pada cerita  tadi
kita nak introduce kucing kita
nama dia COCO @ CIKOKO @ JERICHO
baru 9 bulan
jantan oke..
baru lepas "sunat"
since kita jaga kucing..kita dah pandai serba sedikit tentang dunia kucing
hantar pegi vaksin
hantar pergo boarding (kalau kita outstation)
pilih makanan dia
tukar pasir coco
beli baju coco
bagi coco makan ubat
semualah kita dah hampir teror
nanti kita update doktor yg selalu merawat coco




cerita kita

Sahabat….
Kisah kita umpama telenovela latin
Tapi hero dan heroin  tiada dalam kisah ini
Kita semua adalah hero yang sedang menentang kuasa kejahatan
Cerita ini….
Penuh dengan duri dan ranjau (duri sangattt)
Halangan demi halangan
Penghujungnya  masih tidak kelihatan
Namun kita percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi
Biarlah watak “jahat” itu terus memainkan peranannya
Berdoa lah …
Terus berdoa moga suatu hari nanti dia boleh berubah dan menyesal
Dan berharap semoga semuanya berakhir dengan sebuah kemenangan 
Diam bukan bermakna kita kalah 
Muhasabah diri dan sentiasa percaya pada ketentuannya
Dan…
Nilai persabatan KITA semakin utuh
Untuk terus menghadapinya bersama-sama
Terima kasih buatmu sahabat-sahabat 
Always ada dikala suka dan duka
Sayang saya pada awak..awak ..semua memang tiada bandingnya

LOVE U…


sepi

 Sepi hati terjadi lagi

Sejarah cinta dan hidupkupenuh duri dan banyak ranjauButuh kesabaran yang penuhuntuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicarabila hatiku telah bulatSepanjang ku bisa atasi semuaaku tetap diam
(lirik lagu SEPI by Yuni Shara)