Korea - Day 4

Itaewon - Dondaemun (Doota Mall)

Hari ni kita orang tambah ahli dari 4 orang tambah lagi 2 so…semua nya 6 orang (lupa nak bagi tau nama dia orang nana, azi, jutt, mel & leti + aku) …memandangkan  2 orang ahli (mel & leti) baru sampai…so hari ni kitaorang plan kuar umah lambat sikit dalam pukul 10 @ 11…lagipun hari ni nak Itaewon lagi sebab nak makan makanan Korea and 2 orang kawan tu nak gi melawat masjid….
Perjalanan bermula………………..sampai masjid solat zuhur…kali ramai orang Malaysia sebab bertembung dengan rombongan travel..& jumpa jugak student Malaysia kat situ...untuk lunch kita orang decide untuk makan kat Muree Korean Muslim Food..dekat je ngan area masjid & Siti Sarah Restaurant…
makanan di Muree Korean Muslim Food
Jalan menuju ke Muree (yang bangunan putih tu masjid)
lepas makan dah kenyang..terus jalan-jalan sekitar Itaewon lagi…tak lah excited sangat sebab semalam dah pegi…puas ronda-ronda area situ..terus amik train pegi Dongdaemun..
Dari Station Itaewon – Station Dongmyo – (tukar Line 1: Biru Tua) – Station Dongdaemun

Sampai di Dongdaemun ..hujan dah mula nak turun..tapi memandangkan aku nak gi shoes market ku gagahi diri kesana walaupun cuma berdua sebab yang lain malas nak ikut..dia orang tunggu kat luar … masuk-masuk shoes market je terus sambar sepasang half boot kaler hitam..
Doota  Mall
Lepas beli kasut..hujan pun rasa nak makin lebat..kita orang berlari-lari masuk ke Doota Mall (komplek membeli belah yang famous jugak kat Korea ni menjual pelbagai jenis fesyen yang agak trendy) kat bahagian atas shoping mall ni ade banyak kedai souvenier …dan ia juga menjadi salah satu kunjungan wajib yang di bawa oleh travel agents walaupun harga di sini agak mahal berbanding Dongdaemun & Namdaemun Market. Kat sini aku tak lah membeli sangat sebab semalam dah beli fidge magnet, keychain, tshirt & sudu..so kat sini jadi macam beli sikit2 je contoh nya beli penanda buku & 3D Fridge magnet . Setelah puas berpusing kat tingkat 5 ni..terus pegi ke Cheonggyecheon Stream untuk tengok Lantern Festival tapi time tu dah hujan lebat…baju semua dah basah + mengigil kesejukan…separuh jalan je lalu tepi sungai tu..terus decide untuk balik ke Myeong Dong..tak tahan sebab sejuk sangat…
Yogane Restaurant
Sampai Myeong Dong je terus cari kedai makan…seb baik Mel rajin baca blog so..dia cadangkan kitaorang makan kat Yogane..sbb ramai bloger yang pernah ke Korea suggest tempat ni..tapi untuk keselamatan kami makan nasi goreng seafood..yang bestnya dia orang akan masak depan kita…sebab dah lapar semua pun sedap..salad & kimchi bole ambil sendiri…paling suka salad dia sedap..sebab mayonis campur wasabi sangat sedap..Korean Cake pun sedap rasa macam cucuk or lempeng letak kucai.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hallo^^ may i ask you about yogane in myeongdong? how to get there?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye istianatul..sorry i didnt notice ur comments...when u want to go there

      Delete