Dilwale..... harus pegi tengok

Dilwale
Percintaan Pasangan Pertengahan Umur
Bagi mereka yang seusia saya, haruslah menonton Dilwale sebab anda akan rasa dibuai-buai dengan kisah dulu-dulu hehehhee…sangat sweet tau….

cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta mewah.
Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh jiran tetangga. Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan akhirnya mereka jatuh cinta. 

flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju.,,,,,,,Untuk mengetahui kisah seterusnya kenalah menonton filem Dilwale di pawagam berdekatan 

saya sendiri dah menonton filem ini sebanyak 3 kali..sebab say amemang penimat Shah Rukh Khan. Dan kalau anda peminat Shah Rukh Khan tiada sebab untuk tidak menonton Dilwale…keasyikan lagu-lagunya disamping keindahan pemandangan Bulgaria dan Iceland memang sangat awesome…terus jatuh hati dengan tempat tu…lagi satu Varun Dhavan sangat cute dan cool.... hehehehee

My Fav Song in this film....





Krabi

Jom share sikit sikit trip ke Krabi, actually kami ke Krabi untuk celebrate Merdeka katanya .. trip ni pada 28 to 31 August 2015. 

Day 1 

7.30 PAGI                            -              BERGERAK KE KLIA
9.10 PAGI                            -              DEPARTURE DARI KLIA KE BANGKOK, THAILAND
10.15 PAGI                          -              ARRIVING @ SUVARNABHUMI BANGKOK AIRPORT
2.15 PM ( THAI TIME)          -              DEPARTURE DARI BANGKOK KE KRABI
3.40 PTG                              -              DIJANGKA SAMPAI DI KRABI INTERNATIONAL AIRPORT
4.40 PTG                              -              TIBA DI PENGINAPAN ( AONANG TOP VIEW )
7.00 MLM                            -              DINNER DI GERAI2 TEPI JALAN JE DAN CARI AGENSI UNTUK
                                                                ISLAND HOPING  (500 Bath = 4 Island, Long Tail Boat)

Day 2 

7.30 PAGI                            -              AGEN PICK UP DI HOTEL UTK ISLAND HOPING
4.00 PTG                              -              SELESAI ISLAND HOPING
                                                                (TERMASUK HALAL LUNCH DAN MINERAL WATER )
4.30 PTG                              -              BEREHAT DAN MENGADAP ILAHI
6.00 PTG                              -              GI PANTAI MENIKMATI SUNSET
8.00 MLM                            -              DINNER DAN SHOPPING DI KRABI NIGHT MARKET MENGGUNAKAN TUK TUK (pengalaman menaiki pengangkutan awam disana memang sangat awesome)


Day 3 

10.00 PAGI                          -              SEWA MOTOSIKAL DAN JELAJAH KRABI (semua perjalanan sememangnya tidak dirancang hanya mengikut peta dan tayar motor  .. feel free without plan hehehe )
7.00 MLM                            -              SHOPPING DI KRABI NIGHT MARKET

Day 4                        
9.00 PAGI(THAITIME)     -              CHECKOUT DARI HOTEL DAN BERGERAK KE AIRPORT
11.40 PAGI (THAITIME) -              DEPARTURE DARI KRABI AIRPORT KE BANGKOK
1.05 TGAHARI (THAITIME) -        DIJANGKA SAMPAI DI BANGKOK SUVARNABHUMI AIRPORT

5.05 PTG                             -               DEPARTURE DARI BANGKOK KE KLIA 1

kau pergi jua

7 Oktober ..5.30 petang

aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon..
ya allah...berita yang membuatkan aku terdiam..
betul ke apa yang aku dengar
kau dah tiada
baru 1 minit lepas aku bercerita tentang kau
baru rasanya aku peluk cium kau
Argh!!! rasa baru semalam kita berjumpa
kau minta mak aku goreng cekodok tuk kau
kau minta aku beli macam2 untuk kau
karipap .. smaties..gula-gula jelly..
sbb kau cakap kau tak selera makan nasi
ingat lagi kita share teh ais..nugget 2 hari lepas
lepas tu kita sembang2 pasal cerita dulu
ketawa..gelak2..macam tak pernah ada cerita sedih
walhal aku tau .. hidup kau byk kisah sedih yang kau nak cerita pada aku
tapi aku buat2 tak tanya sebab aku tak nak kau sedih
Tapi allah lebih sayangkan kau...
akhirnya kau pergi
setelah banyak kesedihan kau lalui sendiri
sakit yang kau tanggung selama ini..
Walaupun aku sedih atas pemergian kau
tapi aku rela..biarlah kau pergi
dari kau terseksa...

"Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan 
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku"


Alfatihah buat kesayangan +Dhia Dirham semoga tenang kau disana..dan semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang solehah...amin...

maafkan-aku
sahabat-selamanya

maafkan aku....

sahabat...
aku harap kau tabah
aku harap kau cekal
mengharungi ujian darinya
maafkan aku ...
kerana tiada disaat kau perlukan aku
bukan aku tak peduli jauh sekali melupakan kau
cuma aku tak kuat untuk berdepan dengan kau
aku tak sampai hati melihat kau dalam keadaan itu
kau yang aku kenal dulu lain...
ingat lagi waktu kita gelak sama-sama
kadang-kadang waktu sukar kita sama-sama berair mata
banyak memori ketika waktu remaja kita lalui
argh!! sedihnya bila ingat
hari ini air mata aku tumpah sebab kau
perkhabaran dari kawan-kawan yang melawat kau
membuat aku sayu..pilu..geram..
aku geram yang manusia binatang yang menjadikan kau seperti ini
manusia yang bertopengkan syaitan
aku doakan supaya manusia itu terima balasan
setimpal atas apa yang dia buat kat kau
Sahabat....
Sekali lagi maafkan aku
Kerana tidak menjadi sahabatmu yang baik
Dari kejauhan aku sentiasa melihat perkembanganmu
Semoga kau cepat sembuh
dan aku janji selepas kau sembuh
aku akan bantu kau untuk bina hidup baru
dan aku nak kau tau
Kaulah sahabat aku dunia akhirat
...aku sayang kau....