maafkan aku....

sahabat...
aku harap kau tabah
aku harap kau cekal
mengharungi ujian darinya
maafkan aku ...
kerana tiada disaat kau perlukan aku
bukan aku tak peduli jauh sekali melupakan kau
cuma aku tak kuat untuk berdepan dengan kau
aku tak sampai hati melihat kau dalam keadaan itu
kau yang aku kenal dulu lain...
ingat lagi waktu kita gelak sama-sama
kadang-kadang waktu sukar kita sama-sama berair mata
banyak memori ketika waktu remaja kita lalui
argh!! sedihnya bila ingat
hari ini air mata aku tumpah sebab kau
perkhabaran dari kawan-kawan yang melawat kau
membuat aku sayu..pilu..geram..
aku geram yang manusia binatang yang menjadikan kau seperti ini
manusia yang bertopengkan syaitan
aku doakan supaya manusia itu terima balasan
setimpal atas apa yang dia buat kat kau
Sahabat....
Sekali lagi maafkan aku
Kerana tidak menjadi sahabatmu yang baik
Dari kejauhan aku sentiasa melihat perkembanganmu
Semoga kau cepat sembuh
dan aku janji selepas kau sembuh
aku akan bantu kau untuk bina hidup baru
dan aku nak kau tau
Kaulah sahabat aku dunia akhirat
...aku sayang kau....

2 comments: