Laman Grill : Steak & Bar-B-Que

Hola..semalam aku + officemate saje buat majlis makan-makan sempena menyambut kedatangan Mac..pilihan kami "western" dan bila sebut western je terus terbayang kedai makan Chef Zubir + MasterChef ..memandangkan dia baru buka cawangan kat kajang so..kami pun sepakat untu ke sana selepas maghrib...sangat senang nak cari kedai makan ni dari putrajaya sampai tol sg ramal bayar rm 1 terus u-turn then masuk kiri..dari jalan besar dah nampak kedai ni..suasana kedai dia sangat best cuma byk nyamuk..agaknya time kami datang around 8 pm..nyamuk masih menganas..tapi dont worry mereka akan pasang penghalau nyamuk..hehehehe..but small matters tu..masa kami sampai ..bilangan pengunjung masih boleh di kira after 1/2 jam..makin ramai dan terus full house siap patah balik pun ade sebab takde meja...patutlah masa petang aku call kedai ni dia minta buat reservation..full house rupanya tiap-tiap malam...
nak tengok ape yg kami order
my  order paillard&schnitzel + banana split.. 
Sebahagian order tak ingat apa nama dia
sedikit review :
food kat sini memang tahap 5 star
harga dia tahap 2 star
sangat berbaloi...
sedap...
chef Along dari +MasterChef  yang sediakan our food
suasana yang selesa..
staff yang sangat friendly
so ..if nak datang sini bole buat reservation or tengok menu and also price boleh lah ke http://www.lamangrill.com/
kami yang gembira waktu makan


http://www.lamangrill.com/

Oh! My Gajet...

HIDUP TANPA   GAJET ?
Argh!!!!! boringnyaaaa tak dapat nak update "tentang kehidupan"
Inilah akibat daripada handphone problem..
maklumlah telefon tangan tak terkini seperti orang lain..masih tak mampu nak beli yang terlatest ahak~~~
bila handphone tak berfungsi mulalah mencari rutin sepeti dulu..tengok tv 24 jam..time ni baru teringat mak pernah cakap aka. mengomel "orang sekarang kehulu kehilir mesti pegang handphone, kalau takde boleh mati agaknya" orang sekarang yang mak aku maksudkan of cozlah aku hehehhee...
Well berbalik pada cerita tadi...akibat ketiadaan handphone maka tiadalah whatappsss..weeechattt..instagram...dan bla..bla..seb baik blog ni update guna lappy.. :) meh aku citer kronologi..
**hari tiada handphone untuk anti sosial"
hari  satu : bila dapat tau dia problem..dan segala internet tidak boleh di gunakan..cool jeee dan cuba mengisi masa dengan membuat revision..jap lagi nak final..
hari satu point lima :  masih cuba untuk tenang...tapi dah start jeling my sis yg asyik berwasap dgn group family kami...& dah rasa macam tertinggal kat belakang jee sbb tak update
hari nak masuk dua : masih menahan diri .. tapi dah mula boring......Argh!!!! belum sampai tengahari terus pecut ke kedai handphone..opss bukan beli baru eaa..just betulkan jee tapi sangat sedih dan memilukan hati rasa macam nak nangissss sebab handphone tu tak rosak pun simkad jee yang rosakkkk!!!
Arghhhh!!!! sangat begang!!!

Resepi : Cheese Meleleh...

Memandangkan sekarang ramai sangat orang teruja dengan kek cheese
meh aku kongsikan sedikit macam mana nak buat cheese cake meleleh yang sangat simple dan senang.....
bahan-bahan nya :

  • cheese (saya guna jenama tantura)
  • susu pekat manis
  • susu segar
  • cheese crackers
  • nestum (untuk tabur)
  • milo (ikut suka nak letak bole tak letak pun bole)
senarai bahan-bahan


tatura cheese
 Cara-cara membuat :

1. Cheese + Susu Pekat (ikut taste sendiri nak manis letak banyak) pukul hingga sebati dan nampak halus

 2. Rendam crackers dalam susu segar (rendam jangan sampai lembik).. Susun crackers  (biskut) di dalam bekas, sapu (1) di atas biskut tadi then tabur nestum + milo (kalau suka lah)..buat sampai (1) tu habis...

3. Masukkan dalam peti ais semalaman or 3-4 jam..pastu dah bole makan...
Cheese Meleleh + milo

Cheese Meleleh 


Sahabat Selamanya

Hai sahabat...
dari tahun 1998 kita berkawan
tiada kata seindah bahasa
mampu aku ucapkan untuk "sahabat"
dulu..
susah senang kita lalui bersama
daripada duduk 10 orang satu rumah
hinggalah sorang satu bilik...
kerana tuntutan hidup dan kerja
kita terpisah...aku disini
kau disana..
walau jauh kita tetap berhubung
tiba-tiba...keadaan jadi berbeza.
kau menyepi..
aku tertanya-tanya
apa sebenarnya yang berlaku
namun hati lega bila tiada apa
mungkin ketika itu kau
memerlukan sedikit masa untuk sendiri
kini..
kita kembali menjalinkan hubungan
terima kasih sebab masih berkawan dengan aku
biarkan semua yang berlaku..
kita tinggalkan memori dulu
yang buruk jadikan tauladan
yang baik jadikan panduan
biarlah kita sama-sama
berjalan mencari bahagia
berkongsi masalah..
walaupun kita berjauhan
tapi hati kita dekat
SAHABAT SELAMANYA
1998 - 2014