Puffy Buffy Cafe

Minggu lepas aku & my bff Nana..bersarapan di café Puffy Buffy (cute kan nama dia)….Nana lah beria ajak aku kesitu katanya café baru & nak try. Well after order the breakfast, aku order roti canai garing, Nana order Nasi Lemak Ayam Rendang. Roti Canai dia pakcik melayu yang buat..hurmm..sedap sanggat aku rasa..maaf iya takde gambar makanan nak letak sebab dah terlalu lapar…OKe sesapa nak pergi boleh terus ke Cyberjaya or boleh tengok blog diaorang


Untuk Reservation:
017-620 4243
Alamat : 
Suite 4809-G-32, CBD Perdana 2
63000 Cyberjaya
Isnin - Sabtu (8:00 am - 10.00 pm)

Yogyakarta Never Ending Asia- Last Day



Last day at Jogja..
Pagi kami dah bersiap sebab flight pukul 11 pagi dan pak supir teksi mau ambil kami jam 830 pagi,
kami tunggu kuih Bakphia Pathok di hotel (lupa nak bagitau kuih ni antara yang makanan tradisional palaing popu1ar di Jogja)...kalau kita beli mereka boleh hantar ke hotel time kita nak balik..panas2 lagi tau..
sedap...(pic source : http://bakpia25.com/)
Untuk ke airport Jogja hanya mengambil masa setengah jam dari Hotel, jangan lupa iya pada mereka yang ingin melancong ke Yogjakarta ketepikan dulu airport tax sebelum habiskan duit untuk shopping, airport tax di sini cuma 100 ribu..
Yogjakarta Airport

Food of Yogjakarta
Yeah!!! tamat sudah entry untuk Yogjakarta, kota sejarah yang penuh dengan adat dan budaya, tempat sejarah yang memang heaven untuk kita lawati...sekali pergi pasti akan pergi lagi :)

Yogjakarta Never Ending Asia, sampai ketemu lagi...............

Yogyakarta Never Ending Asia- Day 3

Untuk hari ketiga ni takde plan nak visit mana-mana tempat cuma  rasa nak pegi Taman Sari…
So..hari ni bangun agak lambat…dalam pukul 10 baru bangun terus cari lunch..hari ni decide nak makan KFC sambil beli CD hehehhee…(as usually if pergi Indonesia beli CD Original mesti di KFC)
After makan kami terus ke Pasar Beringharjo , kat sini memang syurga shopping tapi batik lah..dengan pelbagai corak..memang best and heaven..kat sini more murah banding dengan yang lain

Pasar Beringharjo
 After shopping, kami terus amik kereta kuda untuk ke Taman Sari..tapi agak terlewat sebab masa kami sampai tu dah tutup..hurm…tapi ade satu org k ampung situ yang bawa kami lalu lorong2 sempit untuk meninjau Taman Sari dari atas bumbung..mula2 rasa curios jugak awat lah org ni sgt baik bawa kami ke situ tunjuk jalan bagai…siap bawa ke rumah yang penuh dengan lukisan art..rupanya dia promosi kedai tu then suruh kami beli..well, aku memang lah tak beli apa-apa tapi kawan yang lain ade jugak beli..after pusing-pusing & amik gambar walaupun hanya depan pintu..kami pun pulang..dan waktu tu barulah orang yang bawa kami jalan-jalan tadi minta sedikit upah..katanya seikhlasnya…kami pun bagi dia 15ribu….seb baik supir kuda tadi masih menunggu kami untuk bawa balik ke hotel..dari Jalan Malioboro ke Taman Sari terus ke Hotel kami bayar 70ribu sebenarnya dia minta 60 ribu jee tapi kami kesian..
Taman Sari

Yogyakarta Never Ending Asia- Day 2 (Candi Prambanan)

Candi Prambanan

Tiket Masuk :
International Student = 99ribu
International = 198ribu


Waktu ke sini waktu dah hampir petang, panas pun dah kurang sikit..untuk ke Candi ini tak perlu memanjat tangga sebab candi ini satu-satu …so senang sikit nak kesini..dan tak mengambil masa yang lama J



Prambanan temple is extraordinarily beautiful building constructed in the tenth century during the reigns of two kings namely Rakai Pikatan and Rakai Balitung. Soaring up to 47 meters (5 meters higher than Borubudur temple), the foundation of this temple has fulfilled the desire of the founder to show Hindu triumph in Java Island. This temple is located 17 kilometers from the city center, among an area that now functions as beautiful park. 
(source from http://www.yogyes.com)