Yogyakarta Never Ending Asia- Day 2 (Gunung Merapi)

Gunung Merapi

Tiket Masuk :
Per head = 3ribu
Parking = 2ribu

Tour Merapi :
Short Tour = 250ribu
Medium Tour = 350ribu
Adventure Tour = 450ribu

Di gunung merapi ini aku dan bff amik short tour jee..sebelum tour bermula rasa takut tu ade juga, sebab sebelum ke Jogja  kami dikejutkan dengan gempa bumi yang melanda jogja pada hari jumaat dan letusan kecil dari gunung merapi didapati keluar pada hari hari sabtu..sedangkan kami akan bertolak ke Jogja hari Selasa (tak ke risau time tu…).
Tour mengunakan Jeep, pemandunya memang banyak pengalaman walaupun muda lagi..dia merupakan penduduk asal kawasan situ …keadaan jalan yang sangat adventure..macam naik roller coaster…menjerit2 hehehehhee….



Point pertama kami singgah ke muzium aka. Rumah yang terkena lava gunung merapi, semua yang ada memang tinngal rangka je..motosikal, rangka lembu, buku2, computer semua lahh…memang sedih dan rasa insaf bila melihat kesan yang macam tu..rasa sangat bersyukur sebab di Malaysia takde bencana macam tu..sempat juga kami bergambar dengan tuan rumah tersebut.

bersama tuan rumah
Point kedua kami ke tempat di mana kami dapat merasa batu-batu yang masih hangat..walaupun kejadian gunung merapi pada 2010 tapi batu-batu disekitar tersebut masih hangat dan berasap.

Point ketiga ..kami ke batu yang menyerupai wajah manusia ..memang sangat taksub dengan kejadian itu..sungguh besar kuasa allah….

Point keempat kami ke tempat kubu penduduk disitu untuk menghadapi bencana..walaupun kubu bawah tanah dibina oleh kerajaan Jogja namun kubu itu tak mampu untuk menghalang lava yang terus mengalir dan juga awan panas. Ramai juga penduduk yang terkorban sewaktu berada didalam kubu tersebut. Sedih dan sayu bila melihat keadaan itu dan dapat bayangkan bagaimana keadaan penduduk disitu ketika itu….

Merapi ( ketinggian puncak 2.968 m dpl , per 2006 ) adalah gunung berapi di bahagian tengah Pulau Jawa dan merupakan salah satu gunung api teraktif di Indonesia . Cerun sisi selatan berada dalam pentadbiran Kabupaten Sleman , Daerah Istimewa Yogyakarta , dan selebihnya berada dalam wilayah Provinsi Jawa Tengah , yaitu Kabupaten Magelang di sisi barat , Kabupaten Boyolali di sisi utara dan timur , serta Kabupaten Klaten di sisi tenggara . Kawasan hutan di sekitar puncaknya menjadi kawasan Taman Nasional Gunung Merapi sejak tahun 2004 .
Gunung ini sangat berbahaya kerana menurut catatan moden mengalami erupsi ( puncak keaktifan ) setiap dua hingga lima tahun sekali dan dikelilingi oleh penempatan yang sangat padat . Sejak tahun 1548 , gunung ini sudah meletus sebanyak 68 kali . Bandar Magelang dan Kota Yogyakarta adalah bandar besar terdekat , berjarak di bawah 30 km dari kemuncaknya . Di lerengnya masih terdapat pemukiman sampai ketinggian 1700 m dan hanya berjarak empat kilometer dari puncak . Oleh kerana tahap kepentingannya ini , Merapi menjadi salah satu dari enam belas gunung api dunia yang termasuk dalam projek Gunung Api Dekad Ini ( Decade Volcanoes ) . sumber wikipedia

No comments:

Post a Comment